Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat Melayu tegaknya lurus, Bercakap lurus berkata benar; Sifat Melayu hendaklah halus, Adab halus pantang mengasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju hitam berketam halus, Mari tersangkut di alang panjang; Tubuh adik nan hitam halus, Seri gemala banjar yang halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tali halus untuk pembalut, Galah juga akan meretasnya; Kami lurus diajar belut, Allah juga akan membalasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa tanda kain pelekat, Raginya halus dibentang Iebar; Apa tanda pemimpin rakyat, Budinya halus orangnya sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa tandanya si batang tebu, Batang tebu halus uratnya; Apa tandanya orang berilmu, Orang berilmu halus sifatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat berbicara berhalus-halus, Adat bermuafakat berhemat cermat; Adat bersaudara berlurus-lurus, Adat berkerabat ingat-mengingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada buluh diraut-raut, Diraut halus dibuat tikar; Jika hendak pergi melaut, Lupa jangan kemudi dan layar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| halus (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik, Berantonim dengan kasar
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok, Berantonim dengan kesat
3. Dalam konteks kelakuan bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim, Berantonim dengan kasar
4. Dalam konteks kerja bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus, Berantonim dengan gabas
5. Dalam konteks sindiran bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,
6. Dalam konteks suara bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap, Berantonim dengan garau
| Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan, |
|
Puisi |
---|
|
Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.
Lihat selanjutnya... |
|