PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
Kelly-Tyson equation | | | Persamaan yang digunakan untuk pengiraan kekuatan terikan keluli sebagai fungsi daripada pecahan isi padu nanotiub karbon. Kekuatan terikan keluli bertambah sebanyak tujuh kali ganda jika keluli mengandungi 30% nanotiub karbon. |
Hall-Petch equation | | | Persamaan yang mengaitkan kekuatan ?y dengan saiz butiran d dan diungkap sebagai: ? y = ?0 + kyd-(1/2) dengan ?0 ialah tegasan geseran yang menentang pergerakan kehelan dan ky ialah pemalar. Contohnya, bahan pukal yang terdiri daripada butiran bersaiz 50 nm mempunyai kekuatan alah 4.14 GPa. Peningkatan nilai kekuatan alah ini adalah disebabkan pertambahan sempadan butiran yang menghalang pergerakan kehelan. |
contelligence | | | Nilai ambang bagi kekuatan dan kecerdasan yang diperlukan dalam rangkaian neural buatan untuk memindahkan data. |
nanoindenter | | | Peranti untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji, dan filamen. Pelekuk diperbuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat, dan kuarza. |
triboindenter | | | Sejenis alat pelekuk untuk menguji kekerasan, kekuatan, kekenyalan, keliatan retakan, dan sifat haus bahan pada permukaan yang amat kecil. Terdapat beberapa jenis pelekuk seperti pelekuk piramid, sfera, silinder, kon, mata baji dan filamen. Pelekuk dibuat daripada bahan intan, nilam, tungsten karbida, keluli nirkarat dan kuarza. |
demagnetization curve | | | Lengkung yang memberikan maklumat tentang kekuatan magnet, kesukaran untuk menyahmagnet dan pembentukan magnet. Lihat gelung histeresis. |
lateral force microscopy (LFM) | | | Kaedah yang digunakan untuk mengukur kekuatan geseran pada permukaan bahan. |
collagen | | | Sebarang sebatian organik dalam kelas protein yang paling banyak terdapat dalam badan haiwan. Kolagen biasanya berbentuk serabut, tidak kenyal, berwarna putih dengan kekuatan tegasan yang tinggi dan tidak larut di dalam air. Kolagen yang terdapat di bawah kulit binatang dapat digunakan sebagai bahan pelekat. Kolagen khas digunakan dalam perubatan semasa pembedahan. Saiz kolagen adalah sekitar 1 nm, tetapi dalam bentuk serat saiznya adalah dalam julat 50 nm - 500 nm. |
nanocomposite | | | Bahan yang terhasil daripada penambahan beberapa peratus bahan tertentu bersaiz nano ke atas suatu bahan asas. Sifat fizik bahan komposit adalah seperti kekonduksian elektrik, terma atau kekuatan mekanik berbeza secara drastik daripada sifat bahan asal. Bahan bersaiz nano tersebut dapat terdiri daripada nanotiub atau nanozarah. |
van der Waals force microscopy | | | Kaedah pengukuran daya yang bergantung pada daya van der Waals bertindak di antara atom bukan polar dan molekul. Dalam mod sentuhan kekuatan daya van der Waals menetapkan resolusi imej. Kaedah ini penting dalam semua proses berkaitan dengan jeleketan, rekatan, geseran atau pemeluwapan. |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
|