PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
zeolite catalysis | | | Proses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia. |
liposome | | | Kantung halus yang terdiri daripada dua lapisan lipid. Liposom dapat diisi dengan drug dan digunakan untuk memindahkan drug ke sel yang berpenyakit. |
colloid | | | Zarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air. |
nanofibril | | | Seberkas rantaian polimer selulosa halus dengan diameter beberapa nanometer yang tersusun oleh ikatan lemah. Contohnya, rambut, ekor sperma, dan dinding sel. Nanofibril selulosa tumbuhan yang biasanya terbuang sebagai sampah dapat diproses untuk menghasilkan bahan nanokomposit yang kukuh, digunakan dalam kejuruteraan, perubatan dan kosmestik. |
Brownian motion | | | Gerakan rawak zarah halus terampai dalam bendalir, hasil pelanggaran dengan molekul bendalir yang bergerak turun naik. Zarah terampai disebabkan daya tolakan elektrostatik antara zarah tersebut. Saiz zarah ini ialah 1 nm - 1000 nm dan dapat dikesan melalui serakan cahaya. Contohnya, penyerapan bahan cemar dalam atmosfera dan penyerapan lohong dalam bahan semikonduktor. |
molecular sieve | | | Bahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif. |
rare-gas nanocluster | | | Kelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron. |
scanning probe instrument | | | Peranti yang menggunakan penduga halus untuk mengimej sifat fizik suatu permukaan seperti topografi, sifat elektrik, magnet dan terma, secara mengimbas permukaan sampel baris demi baris. Sifat fizik tersebut ditentukan hasil saling tindakan penduga dan bahan. Alat ini dapat mengimej butiran zarah bersaiz nanometer dan dapat digunakan juga untuk melakukan litografi, memindahkan dan menyusun nanozarah dan nanotiub. Contoh alat ini ialah mikroskop penerowongan imbasan (STM) dan mikroskop daya atom (AFM). Lihat juga mikroskopi penduga imbasan, litografi penduga imbasan. |
hydrosol | | | Koloid yang tersebar di dalam air. Koloid merupakan ampaian zarah halus bersaiz 1 nanometer - 1 mikrometer yang terdiri daripada bahan organik dan bukan organik yang tidak larut di dalam air. |
linked cluster | | | Gugusan yang terdiri daripada zarah emas yang disalut dengan semburan halus tiol N-asetilsisteina (RSH) yang dapat disambung dengan metana -CH3. Molekul berantai ini terumbai keluar daripada permukaan zarah. Gugusan zarah ini terdiri daripada susunan dua dimensi zarah nano bersaiz 500 nm, yang bersambung antara satu sama lain dan dapat dimendapkan ke atas permukaan rata. |
|
Tesaurus |
---|
| halus (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik, Berantonim dengan kasar
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok, Berantonim dengan kesat
3. Dalam konteks kelakuan bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim, Berantonim dengan kasar
4. Dalam konteks kerja bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus, Berantonim dengan gabas
5. Dalam konteks sindiran bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,
6. Dalam konteks suara bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap, Berantonim dengan garau
| Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan, |
|
Puisi |
---|
|
Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.
Lihat selanjutnya... |
|