Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah kekuatan dan kelemahan Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 | Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 menyelaraskan ejaan bahasa Melayu dan juga diterima pakai di Malaysia dan Brunei. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP) dan Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 14.08.2009 |
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Jawapannya seperti yang berikut: 1. Halakan flash terus kepada objek. 2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat. | Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 03.11.2010 |
salam, saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Kekuatan pemain itu tidak terlawan oleh saya,"kata Ali kepada cikgu Asmad. Ayat ini betul atau salah? Kalau betul kenapa? Dan sekiranya salah kenapa? Sebabnya timbul kekeliruan tentang penggunaa ter- dalam ayat pasif apabila ada kata ganti diri pertama. Mohon penjelasan detail. Terima kasih. | Frasa "tidak terlawan oleh saya" betul, kata kerja pasif dengan awalan ter- + oleh + kata ganti nama diri pertama. Yang tidak gramatis islah kata kerja pasif dengan awalan di- + oleh + kata ganti nama diri pertama. | Tatabahasa | 21.09.2012 |
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam. | Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 15.10.2011 |
minta maksud perkataan swadaya | Maksud perkataan swadaya ialah kekuatan sendiri, tenaga (daya ) sendiri | Makna | 24.04.2007 |
definisi ragut | Ragut bermaksud menarik (menyentap, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan; memakan rumput hidup; mencabut, merampas menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa. | Makna | 02.06.2008 |
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koheren | Kohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami. | Makna | 26.12.2009 |
Apakah perkataan lain untuk olahraga | Olahraga bermaksud latihan atau sukan yg memerlukan kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina (mis berlari, melompat, dll). | Makna | 05.09.2007 |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
|