SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPenuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLimau manis limau kasturi, Penuh berisi dalam dulang; Saya senyum untuk sendiri, Bukan tujuan pemikat orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEntah tembung entahkan tombak, Pakaian penyamun cucu perompak; Sekat penuh muatan petak, Langkah yang baik saya bertolak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau beli bunga selengkar, Tanya dulu berapa harganya; Ibarat telur penuh sesangkar, Pecah sebiji pecah semua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pulut lautan tanjung, Dapat satu si lumba-lumba; Muatan penuh sarat berdayung, Layar ditarik angin tak tiba. |
|
Tesaurus |
---|
| penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 368 Many a mickle makes a muckle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|