Kata |
Takrif |
Sumber |
bertimbun | 1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertompok-tompok | 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbun | himpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): sebermula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nambak, melonggokkan (tanah), menanam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (tertanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg tersembunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbunkan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menimbunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertimbunan | bertimbun(-timbun): sebermula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlindak | bertimbun-timbun, banyak sekali (harta dll), berlambak-lambak: walaupun kaya ~ hartaku dan maju perniagaanku, menurut langgam dan pandangan orang di kampung, abang masih dipandang hina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlonggok-longgok | bertimbun-timbun; bertompok-tompok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlambak | 1 bertimbun-timbun dgn tidak teratur; tidak tersusun rapi. 2 terlalu banyak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertindan | 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagiannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertapuk-tapuk | bertimbun-timbun dgn banyaknya, berlonggok-longgok (hutang, benda, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlompok-lompok | bertimbun-timbun, bertompok-tompok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
heap | n 1. pile, timbunan, longgokan: a ~ of dirty clothes, longgokan pakaian kotor; lie in a ~, bertimbun(-timbun), berlonggok(-longgok); 2. usu ~s of, (colloq) large number, plenty, bertimbun-timbun, banyak; (of people, time) banyak: I have ~s of work to do, saya ada kerja yg bertimbun-timbun utk dibuat; he knows ~s of people, dia kenal banyak orang; to have ~s of time, ada banyak masa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impression | b. (by an effort or activity), [various translations]: his days work had made little ~ on the piles of papers he had to get through, sehari suntuk dia bekerja tetapi cuma sedikit sahaja yg dapat diselesaikannya drpd kerja yg bertimbun-timbun itu; youd need to scrub and scrape before you made any ~ on that dirt, kamu terpaksa memberus dan menyental sebelum kamu dapat menghilangkan kotoran itu; 2. mark, imprint made by pressing, kesan, bekas: the ~ of his feet in the sand, kesan tapak kakinya di pasir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lashing | n 1. whipping, beating, sebat(an); give so. a ~, menyebat sso; get a ~, disebat, kena sebat; 2. scolding, sumpah seranah; ,b>give so. a. (tongue-) ~, menyeranah sso: Judy gave him a tongue- ~ when he got home, Judy menyeranahnya apabila dia balik ke rumah; 3. (in pl), (colloq) lavish quantity, bertimbun-timbun, berlambak-lambak: they ate their strawberries with ~s of cream, mereka makan strawberi dgn krim yg berlambak-lambak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jelapanek | jelepanek tindan-tindih; bertimbun-timbun. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bertimbun-timbun | [ber.tim.bun.tim.bun] | برتيمبون-تيمبون |
|
|