Kata |
Takrif |
Sumber |
rimbun | 1 banyak atau lebat daunnya: Pohon itu ~. 2 lebat atau tebal rambutnya: kepalanya ~ banyak atau lebat rambutnya. merimbun menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. rimbunan pohon-pohon yg rimbun. kerimbunan keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tutuh | ; menutuh 1. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas: ia sedang ~ dahan-dahan nangka; 2. sl memecahkan perahu dll utk diambil kayunya: maka apabila sampai ke Siantan, maka kici itu pun ditutuhnya dibuat penjajap perang; 3. bk melakukan sesuatu yg umumnya kurang baik (makan suap dll); 4. bk memukul, menumbuk; rimbun-rimbun ditutuh, semak-semak disiangi prb barang sesuatu hendaklah dijaga baik-baik supaya sentiasa selamat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimbun berampak | rampak lagi lebat daunnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rimbun | 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merimbun | 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semak I | 1. = semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; 2. ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah: budak itu diupahi-nya supaya membersihkan halaman rumah-nya yg ~; 3. ki kusut (perasaan, fikiran, dll), kacau: Muluk terasa ~ di dada; ~ hati = hati ~-~ tidak keruan fikiran (perasaan dll), berkecamuk fikiran dll; ~ samun berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil; ~-~ disiangi, rimbun-rimbun ditutuh prb sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara baik-baik; dr ~ ke belukar prb meninggalkan sesuatu yg buruk, tetapi mendapat yg buruk juga; menyemak 1. tumbuh menjadi semak (tum-buh-tumbuhan), menyerupai semak: dia menya-bit rumput, lalang, dan seberapa banyak tumbuh-tumbuhan yg ~ di sekeliling rumah-nya; 2. tidak teratur (tersusun), herot-herot, kusut; 3. semak hati; menyemakkan 1. membiarkan tumbuh semak; 2. merisaukan (fikiran dll), mengusutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerimbunan | keadaan rimbun: ~ pohon-pohon itu menjadikannya sbg tempat berteduh yg selesa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merimbun | menjadi rimbun: Pokok kacang yg ditanamnya kian ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rombok | Mn rimbun, rampak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berampak rendang | = rimbun ~ rampak lagi lebat daunnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bush | n 1. shrub, pokok [n] yg rimbun: a rose ~, pokok bunga mawar yg rimbun; 2. cluster of shrubs, belukar, semak(-semak); 3. woodland, hutan pokok bangkut; 4. (colloq) backcountry, (daerah) pedalaman, hulu: she lives out in the ~, dia tinggal di pedalaman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
massed | adj 1. gathered in large numbers, bersekutu: the ~ bands of the armed forces, pancaragam bersekutu angkatan tentera; 2. (of plants) dense, rimbun: banks of ~ shrubs, pokok-pokok renek yg rimbun yg be | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
opulent | adj 1. wealthy, mewah; 2. richly fabricated, mewah; (of clothes) mahal: ~ decorations, hiasan mewah; an ~ dress, baju yg mahal; 3. luxuriant, rimbun: ~ vegetation, tumbuh-tumbuhan yg rimbun. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
skulk | the blackbird hopped about on the lawn, unaware of the cat ~ing in the shrubbery, burung hitam itu melompat-lompat di laman, tanpa menyedari ada seekor kucing terhendap-hendap dlm rimbun pokok renek. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fall | n 1. act, instance of dropping, a. (gen) jatuh(nya); break os ~, menampan jatuh sso: a thick bush broke his ~, pohon yg rimbun menampan jatuhnya; have a ~, jatuh: he had a ~ from the horse, dia jatuh dr kuda itu; in the ~, /semasa, ketika/ jatuh: he was badly hurt in the ~, dia cedera teruk semasa jatuh; b. (of tree) tumbang(nya); c. (of leaves) gugur(nya), luruh(nya): the autumn ~ of leaves, daun-daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur(nya), jatuh(nya): the ~ of an apple from a tree, epal gugur dr pokok; e. (of tower, roof, etc) runtuh(nya), roboh(nya): a large crowd watched the ~ of the tower, orang ramai melihat menara itu runtuh; f. (of rain, snow) turun(nya): a heavy ~ of snow, salji turun lebat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exuberant | adj 1. abounding in high spirits, penuh semangat; (of person) riang dan penuh semangat: he was given an ~ welcome, dia diberi sambutan yg penuh semangat; she has always been an ~ person, dia memang orang yg riang dan penuh semangat; be in ~ spirits, riang dan penuh semangat: the students were in ~ spirits on the last day of term, penuntut-penuntut riang dan penuh semangat pd hari akhir penggal; 2. luxuriant, rimbun: plants with ~ foliage, tumbuh-tumbuhan yg rimbun daunnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
rich | adj 1. wealthy, kaya: a ~ merchant, saudagar kaya; the ~ countries of the world, negara-negara kaya di dunia; 2. well supplied or endowed, kaya: a book ~ in information, buku yg kaya dgn maklumat; the soil is ~ in nitrogen, tanah itu kaya dgn nitrogen; 3. fertile, subur: the ~ valley of the Nile, lembah Nil yg subur; 4. abundant, banyak: a ~ collection of stories, satu koleksi cerita yg banyak; from his ~ fund of experience, dr pengalamannya yg banyak; 5. valuable, berharga, bernilai: ~ gifts, pemberian yg berharga; 6. luxuriant, rimbun: a ~ growth of weeds, rumpai yg tumbuh rimbun; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
bushy (tree) | rimbun (pokok) | Tiada | rimbun (pokok) | Pertanian |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
rimbun | subo nyadin [subo.adin] | Melanau Dalat | |
rimbun | imbun, labat. | kedayan | |
subou | rimbun, lebat; 1 berdaun lebat dan bercabang banyak; kayou wak pedaun ~ pokok yg berdaun rimbun; 2 lebat rambut, bulu, dll: ke~ ji buok nou rimbunnya rambut kamu; | Melanau Mukah | |
pagak | rimbun | TETAW | |
balun 1 | bungkusan; bundut: ~ gari ke deka dibasu bundut kain yg hendak dicuci; 2 rimbunan: ~ lada rimbun pohon lada; | Iban | |
sarai | serai; 1 sj tumbuhan rumput yg daunnya berbau harum, Cymbopogon citrtus; 2 ~ wangi serai wangi, sj tumbuhan rumput yg lebih rimbun dan wangi drpd serai betul, Cymbopogon nardus; 3 ~ guwun serai kayu, sj tumbuhan pokok yg daunnya dibuat perencah masakan, S | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rimbun | [rim.bun] | ريمبون |
|
Puisi |
---|
|
Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 552 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Ragam beragam, rimbun menyelara. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|