Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh.

Takrif

Sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara dengan baik-baik. ditutuh = dipotong cabangnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi.

Takrif

Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk. raras = gugur, luruh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun.

Takrif

Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap ke rimba dalam, bertali ijuk bertambang tanduk; atau Ayam hitam terbang malam, hinggap pada pohon mempelam; atau Ayam hitam terbang malam, berdebas bunyinya). tambang = pancang untuk mengikatkan tali ayam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Takrif

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
rimbun (adjektif)
1. Dalam konteks pokok
bersinonim dengan rendang, bumbun, rampak, rombok, ketel,

2. Dalam konteks rambut
bersinonim dengan lebat, tebal, padat,
Berantonim dengan jarang.


Puisi
 

Beras padi dalam guni,
     Padi tidak rimbun lagi;
Maka dikarang warkah ini,
     Hati nan tidak bertahan lagi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
552

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Ragam beragam, rimbun menyelara.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan ragam beragam, rimbun menyelara.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...