Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
betapa kuat balingan kuat lagi mampanbetapa kuat balingan kuat lagi keazamanTatabahasa05.06.2007
Apa maksud memaut?Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna08.09.2008
ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai?Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencangTatabahasa05.07.2013
Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketatJawapan yang sesuai ialah C dan D.Tatabahasa03.11.2015
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera, Saya ada satu pertanyaan dengan perkataan SENTAP dan JEALOUS. Adakah persamaan ke tidak dari 2 perkataan ini. Minta makluman segera dari pihak tuan/puan. Sekian, terima kasihSentap bermaksud menyentap menarik kuat-kuat dengan tiba-tiba. Adapun perkataan sentap yang digunakan dalam bahasa percakapan yang dikaitkan dengan emosi atau cara seseorang respons terhadap sesuatu isu tidak digunakan dalam konteks rasmi. Terjemahan jealous ialah cemburu.Istilah15.09.2015
MOHON PENCERAHAN. FRASA SUNGGUH AMAT KUAT. BETUL ATAU TIDAKAyat itu tidak betul. Sungguh kuat sekali atau Amat kuat sekali baru betul.Tatabahasa15.03.2015
Saya mengalami sakit yang kuat. Saya mengalami kesakitan yang kuat. Ayat yang manakah betul?Ayat "Saya mengalami sakit yang kuat." dan "Saya mengalami kesakitan yang kuat." adalah betul.Tatabahasa27.07.2022
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat.1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama)
1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba
2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama)
2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa25.10.2012
Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya

Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat">kuat, utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan.

Istilah11.03.2014
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja.Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit.  Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi.Makna17.02.2010
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.



Lihat selanjutnya...