Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
bulu I1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali).Kamus Dewan Edisi Keempat
tinggi1. besar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas), lwn rendah: bangunan tersebut dibina di suatu tempat yg ~; kapal terbang pengebom jenis ini dapat terbang ~; dataran (tanah) ~ dataran (tanah) yg permukaannya jauh ke atas dr permukaan laut; 2. panjang (bkn bangun tubuh dll), lwn pendek: Hasan ~ orangnya; ~ pokok itu 20 kaki; 3. hampir sampai ke tempat yg di atas sekali; matahari telah ~ sudah hampir setengah hari; 4. luhur, mulia: kami berdoa agar tercapai cita-citanya yg ~; budi pekerti yg ~; 5. peringkat atau tingkat atas (bkn pangkat, taraf, dll), sangat baik (mutu dll): mahkamah ~; jawatan ~; martabat ~; sekolah ~; barang-barang bermutu ~; 6. sudah lanjut (umur); usia ~ sudah tua; 7. mahal (harga dll), besar (perbelanjaan dll): pd masa harga getah ~ dahulu rakyat hidup mewah; sara hidup di Eropah lebih ~ drpd di Asia; 8. sudah maju (kecerdasan, tamadun, dll), berada pd tingkatan atas (pelajaran, penge­tahuan, dll): bertamadun ~; seni yg ~; 9. angkuh, besar diri, sombong: cakapnya selalu ~; hidung ~ ki bongkak, sombong; 10. halus dan keras (suara), muluk, nyaring: lagu yg ~ hendaklah dinyanyikan dgn suara yg ~ ~ hari hampir tengah hari; ~ hati megah, sombong; ~ rezeki tidak mudah mendapat rezeki; ~ disusupi, rendah dilangkahi = ~ disigai, besar ditebang prb dicari (disiasat) sehabis upaya; ~ kelepur, rendah tikam = ~ gelepur, rendah laga prb banyak cakap tetapi tidak ada buktinya; ~ lawak-lawak prb perihal hidup melampaui kemampuannya (kuasa­nya); awak rendah sangkutan ~ prb besar belanja drpd pendapatan; hendak ~ terlalu jatuh, hendak panjang terlalu patah prb orang yg hendak terlalu meninggikan dirinya jatuh (kecewa) juga akhirnya; (yg) ~ tampak jauh, yg dekat julung bersua prb pemimpin yg bertanggungjawab (yg mendapat pujian dan celaan); meninggi 1. menjadi tinggi, naik tinggi ke atas: pokok itu tumbuh membesar dan ~ dr sehari ke sehari; 2. menjadi kuat dan nyaring (suara), muluk (suara): suara orang mengaji semakin ~; 3. angkuh, sombong: cakapnya ~ sahaja; 4. menghampiri atau hampir berada pd waktu tengah hari: hari semakin ~; ~ hari tinggi hari; setinggi 1. (hingga) sama tinggi, mencapai tinggi: air di kawasan rumah pengantin lelaki naik ~ 0.6 meter; pembangunan itu mengan-dungi sebuah bangunan pejabat ~ 28 tingkat; 2. seberapa tinggi: mereka dikatakan lebih berminat utk mendapatkan tawaran gaji ~ yg boleh; memang saya mahu mencipta nama ~ yg mungkin; setinggi-tinggi 1. seberapa banyak yg mung-kin, tidak terhingga banyaknya, se­banyak-banyaknya: baginda mengucap­kan ~ terima kasih kpd sekalian rakyat; beliau juga mengucapkan ~ tahniah dan peng­hargaan atas kejayaan sahabatnya itu; 2. seberapa tinggi yg mungkin, paling tinggi: ~ terbang bangau, hinggap ke bubungan juga; meninggikan 1. menjadikan tinggi, menam-bahkan (mutu dll): bangunan itu telah di-tinggikan lagi dua tingkat; kerajaan sedang berikhtiar ~ taraf pendidikan dan ekonomi rakyat; 2. mengangkat (menyan­jung) menjadi tinggi; ~ diri membesarkan diri; 3. mengeraskan atau menguatkan (suara); mempertinggi menjadikan lebih tinggi; ~ tempat jatuh, memperdalam tempat kena prb sengaja membesar-besarkan kesalahan sendiri sehingga mendapat hukuman (kerugi­an) yg lebih berat; ketinggian 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; peninggian perihal meninggikan, penam­bahan (mutu, pendapatan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kesat1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesai­kan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berhati1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan;Kamus Dewan Edisi Keempat
biliardsj permainan dgn menggunakan bola keras dan tongkat panjang yg dimainkan di atas meja empat segi panjang yg beralaskan sj kain halus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
biliardsj permainan dgn menggunakan bola keras dan tongkat panjang yg dimainkan di atas meja empat segi panjang yg beralaskan sj kain halus.Kamus Pelajar
simen/simén/ 1 serbuk halus (dibuat dgn membakar batu kapur, tanah liat dll) yg setelah dibancuh dan dikeringkan, menjadi keras dan digunakan utk membuat lantai rumah dll. 2 bahan yg digunakan utk menampal gigi yg berlubang. menyimen 1 membuat lantai dsb drpd simen; memasang sesuatu dgn simen. 2 menampal (gigi) dgn simen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
simen /simén/1 serbuk halus (dibuat dgn membakar batu kapur dgn lumpur) yg setelah dibancuh dan dikeringkan, menjadi keras dan digunakan utk membuat lantai rumah dll.Kamus Pelajar
lembut1 tidak keras; mudah dilenturkan; lembik: Daging yg keras jika direbus lama-lama menjadi ~ juga. 2 tidak bengis; sopan santun: Orang Melayu ~ perangainya dan halus budi bahasanya. 3 ist (bkn air) mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun kerana tidak ada atau cuma sedikit saja garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya. berlembut berkelakuan (berperangai dll) lembut: Ia selalu ~ pd anaknya. melembutkan 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. kelembutan keadaan lembut (bkn benda, tingkah laku dsb): ~nya berbicara amat menyenangkan kami. pelembutan perbuatan atau hal melembutkan. pelembut 1 orang yg lembut (tingkah lakunya dsb). 2 bahan utk melembutkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaca I1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn me­lakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan­bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai sema­sa terkena hentaman (mis kaca utk cermin ke­reta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca me­lihat muka (diri sendiri) dlm cermin, ber­cermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca­-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,