Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HIDROFOIL TENGGELAM PENUH | | UMUM | |
SUSU SEJAT | Susu sejat ialah susu manis penuh yang kirakira 60 peratus airnya telah dikeluarkan. Susu sejat disediakan dengan memanaskan susu penuh pasteur homogen dalam tangki vakum untuk menyejatkan airnya. Susu ini kemudiannya ditinkan, dikedapkan dan serta-merta disteril dengan haba. Tidak seperti susu pekat, susu sejat tidak ditambah dengan gula untuk mengawetnya, tetapi vitamin D sering ditambah untuk pemakanan. John Meyenberg, pereka berbangsa Switzerland, menerima paten pada tahun 1884 kerana pertama kali berjaya mencipta kaedah memekatkan susu tanpa menambah gula. Lihat juga Susu. | UMUM | |
ROBESPIERRE | Robespierre (17581794) ialah pemimpin Revolusi Perancis (17891799) yang paling terkenal dan penuh kontroversi. Robespierre (17581794) ialah pemimpin Revolusi Perancis (17891799) yang paling terkenal dan penuh kontroversi. Atas nama demokrasi, dia membantu mewujudkan Zaman Kezaliman, iaitu beribu-ribu orang dibunuh kerana disyaki sebagai penentang revolusi. Robespierre sendiri ditakdirkan menemui ajal menerusi cara yang sama. | UMUM | |
SYURGA | Syurga ialah tempat yang penuh nikmat di akhirat, yang disediakan oleh Allah S.W.T. bagi orang yang beriman dengan-Nya, dengan para malaikat, kitab-kitab suci, para rasul, hari akhirat dan yang sentiasa melakukan kebaikan. | UMUM | |
KEWARGANEGARAAN | Kewarganegaraan ialah keahlian penuh bagi sebuah negara ataupun kerajaan. Kewarganegaraan juga disebut kerakyatan. Tetapi kerakyatan selalunya mempunyai makna yang lebih luas dan memberi maksud hak untuk dilindungi oleh negara asal bila melawat ke negara lain. Hampir kesemua orang mempunyai kerakyatan sekurang- kurangnya sebuah negara. Rakyat mempunyai hak tertentu seperti hak untuk mengundi dan hak untuk memegang jawatan awam. Mereka juga mempunyai tugas tertentu seperti tugas membayar cukai dan melindungi negara. | UMUM | |
STEPHEN | Stephen (1097?1154) ialah Raja Inggeris. Pemerintahannya penuh dengan persengketaan sehingga digelar The Anarchy. Persengketaan tersebut berpunca daripada perebutan takhta. Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry telah memujuk baronnya untuk mengangkat sumpah taat setia kepada Matilda sebelum kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153, Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat Plantagenet). | UMUM | |
NABI YUSUF A.S. | Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf ibn Yakub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah SWT. Nabi Yakub a.s. mempunyai 12 orang anak lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda lebih disayangi oleh Nabi Yakub. Ini telah menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda, negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya. Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu, baginda pergi menemui bapanya Nabi Yakub a.s. untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Yakub a.s. meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain kerana bimbang mereka akan memperdayakannya. Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya amat cemburu dengan kasih sayang yang berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang untuk melakukan kejahatan terhadap baginda. Mereka sentiasa menunggu peluang untuk melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
NABI SULAYMAN A.S. | Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah Sulayman ibn Daud Alaihimassalam yang berasal dari keturunan Yahudha ibn Yakub ibn Ishaq. Nabi Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara dua orang perempuan tentang kedudukan kanak- kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis. Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula. Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat penyembelihan binatang korban. | UMUM | |
THOMPSON, FRANCIS | Thompson, Francis (18591907) ialah penyair Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi yang menggambarkan kepercayaannya yang mendalam terhadap Roman Katolik. The Hound of Heaven (1893) ialah karyanya yang paling terkenal. Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang terawang-awang. | UMUM | |
KAPAL, MODEL | Kapal, Model ialah salinan kecil bagi kapal atau bot bersaiz penuh. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa.
Lihat selanjutnya... |
|