Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SLESSOR, KENNETH | Slessor, Kenneth (19011971) ialah salah seorang daripada pemuisi moden Australia yang terpenting. Dia terkenal kerana membawa kemodenan ke dalam puisi Australia selepas tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak mengambil peduli tentang subjek tradisi awal Australia yang terdiri daripada pengiring, pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia tidak mengambil berat tentang landskap Australia. Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih moden dan bersifat universal berbanding pemuisi Australia yang lebih awal. | UMUM | |
BUNG TOMO | BUNG TOMO, (1920-1981), pemimpin di Surabaya, Jawa Timur pada awal Revolusi Indonesia. Dia lahir pada 3 Oktober 1920 di kota Arek Suroboyo, Jawa Timur, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Sutomo. Bung Tomo daripada golongan menengah berketurunan Pangeran Diponegoro (abad ke-19). Ibunya keturunan Jawa, Sunda dan Madura,dan memiliki semangat kebangsaan yang kuat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERSHING, JOHN JOSEPH | Pershing, John Joseph (18601948), mengetuai Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera Amerika untuk menggantikan tenteranya yang diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera Amerika yang semakin kuat akan melemahkan semangat tentera Jerman. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
|