Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUFYAN AL-THAWRIY | Sufyan al-Thawriy (97161 H./716 778 M.), hafiz, ahli fiqh, kuat beribadat dan ketua pendebat. Nama penuhnya ialah Sufyan ibn Said ibn Masruq al-Thawriy, Abu Abdullah al-Kufiy daripada Bani Thawr ibn Abd al Manat ibn Uddi ibn Tabikhah ibn Ilyas ibn Madhar ibn Nizar ibn Maad ibn Adnan. Sufyan lahir dan dibesarkan di Kufah dan bapanya adalah seorang ulama Kufah. Mungkin bapanya seorang ulama yang menyebabkan dia menuntut ilmu hadith. Sufyan meriwayatkan hadith daripada al-Aswad ibn Qis, Abi Ishaq al-Subiiy, Amru ibn Murrah, Mansur Ibn al-Mutamir, Ayub al- Sakhtayaniy, Ismail ibn Abi Khalid dan lain-lain lagi. | UMUM | |
SAID IBN JUBAYR | Said ibn Jubayr (4595 H./666 714 M.), ahli fiqh. Nama penuhnya ialah Said ibn Jubayr al-Asady Abu Muhammad al-Kufi. Dia seorang tabiin. Dia seorang yang berilmu, amanah dan kuat beribadat. Banyak kisah yang memperkatakan tentang ibadatnya. Dia meriwayatkan hadith daripada Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn al-Zubair, Abdullah ibn Umar, Abi Sa`id al-Khudri, Anas dan selain mereka daripada kalangan sahabat. | UMUM | |
MARYAM | Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s. Nama penuhnya ialah Maryam bint Imran ibn Mathan. Imran di sini bukanlah bapa kepada Nabi Musa a.s., kerana jarak antara kedua-duanya beratus-ratus tahun. Maryam ialah seorang wanita yang paling suci di dunia, kuat beribadat dan masih tetap dara. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
|