Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TETANUS | Tetanus ialah suatu jenis penyakit yang serius yang menyerang otot. Penyakit ini juga dikenali sebagai kancing gigi kerana kekejangan otot yang kuat (pengecutan otot yang kuat) di bahagian otot rahang menyebabkan mangsa sukar membuka mulutnya. | UMUM | |
METAMFETAMIN | Metamfetamin ialah dadah kuat yang digelar sebagai speed. Dadah ini dengan pantas menimbulkan rasa ghairah, kuat dan cergas. Metamfetamin memberikan penagihnya keupayaan untuk bekerja dan bercakap dalam jangka masa yang panjang. Penyalahgunaan metamfetamin boleh membahayakan dan dadah ini hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor. Metamfetamin merupakan salah satu kumpulan dadah yang dipanggil amfetamin. | UMUM | |
ARKA ELEKTRIK | Arka elektrik ialah lengkung haba dan cahaya yang kuat yang terbentuk apabila arus elektrik yang kuat melompat merentasi lompang antara dua elektrod. Gas dalam udara yang terdapat di antara dua elektrod berperanan sebagai konduktor dan memancarkan arus merentasi lompang itu. | UMUM | |
RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |
SAINT BERNARD | Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang menjadi terkenal kerana menyelamatkan pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St. Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard dilatih untuk menyelamatkan mereka yang menghadapi masalah begini. Dengan deria bau yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk memandu pengembara melalui laluan yang berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada sebuah tong kayu kecil yang tergantung di lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St. Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini semasa misi menyelamat. | UMUM | |
MEGAFON | Megafon ialah peranti berongga, berbentuk konyang digunakan untuk menjadikan suara lebih kuat. Seseorang yang menggunakan megafon akan bercakap atau menjerit ke dalam bukaan kecil di satu hujungnya. Suara orang itu keluar dari hujung satu lagi yang lebih besar. Megafon menjadikan suara lebih kuat kerana gelombang bunyi dihalakan dalam satu arah. Megafon panjangnya mungkin sehingga 60 sentimeter atau lebih. Pembesar suara mudah alih yang menggunakan kuasa bateri, dikenali sebagai bullhorn, sering digunakan sebagai ganti megafon. | UMUM | |
TENAGA NUKLEAR | Tenaga nuklear , dikenali juga sebagai tenaga atom , ialah jenis tenaga yang paling kuat yang pernah diketahui. Ia mengeluarkan haba dan cahaya matahari yang sangat kuat dan letupan senjata nuklear yang menghancurkan. Tenaga nuklear terhasil daripada perubahan dalam nukleus (teras) atom. Ahli sains dan jurutera telah menemui banyak kegunaan tenaga ini, terutamanya dalam penghasilan tenaga elektrik. Tetapi mereka belum berupaya untuk menggunakan sepenuhnya kuasa nuklear. Jika tenaga nuklear dimajukan sepenuhnya, ia boleh membekalkan kesemua tenaga elektrik dunia selama berjuta-juta tahun. | UMUM | |
MESKALINA | Meskalina ialah sejenis dadah kuat yang boleh mengubah apa yang dilihat dan didengar serta meningkatkan emosi seseorang. Dadah ini diperoleh daripada bahagian atas atau butang pokok kaktus peyote, yang banyak tumbuh di kawasan Mexico dan Tenggara Amerika Syarikat. Native American Church yang mempunyai ahli daripada kalangan Orang Asli Amerika, menggunakan peyote dalam upacara suci keagamaan. Di Amerika Syarikat, Undang-undang Persekutuan mengharamkan pemilikan atau penggunaan dadah ini kecuali untuk tujuan keagamaan itu sahaja. | UMUM | |
PRUSSIA | Prussia ialah negara ketenteraan yang kuat di utara-tengah Eropah selama beratus-ratus tahun. Apabila raja Prussia menjadi maharaja Kesatuan Jerman pada tahun 1871, Prussia menjadi negeri yang terbesar dalam Empayar Jerman. Selepas Perang Dunia II (19391945), Prussia berpecah menjadi daerah kecil dan tidak lagi wujud sebagai sebuah negeri Jerman. Kebanyakan kawasannya yang dulunya dikenali sebagai Prussia, kini terletak di bahagian timur Jerman, Lithuania, Poland, dan Rusia. | UMUM | |
SRIVIJAYA | Srivijaya ialah empayar Melayu yang kuat di selatan Sumatera, Indonesia. Empayar ini muncul pada akhir tahun 600-an M. dan berakhir sehingga akhir tahun 1300-an. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 232 When Greek meets Greek, then comes the tug of war Apabila dua lawan yang sama kuat bertembung maka akan tercetuslah persaingan atau pergelutan yang sengit dab berlarutan. Anjing galak, babi berani They world surely be a long drawn-out battle since both great powers are equally strong - when Greek meets Greek, then comes the tug of war Pertempuran itu pasti akan berpanjangan memandangkan kedua-dua buah kuasa besar itu sama kuat - anjing galak, babi berani. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|