Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BICHIR | Bichir ialah ikan air tawar Afrika. Badannya panjang dan halus, dan dilitupi sisik yang keras, berkilat berbentuk segi empat bujur. Sirip sisi (pektoral) adalah seperti kipas berserta tangkai berisi. Terdapat beberapa spesies, yang panjangnya dari 35 hingga 70 sentimeter. | UMUM | |
PORSELIN | Porselin ialah sejenis seramik yang dinilai tinggi kerana keindahan dan kekuatannya. Ia sering dikenali sebagai china atau chinaware kerana ia pertama kali dibuat di China. Porselin dicirikan oleh keputihannya, rupanya yang halus, dan lut cahaya (boleh ditembusi cahaya). Oleh kerana ia adalah keluaran seramik yang paling keras, porselin digunakan sebagai penebat elektrik dan kelengkapan makmal. Walau bagaimanapun, porselin dikenali terutamanya sebagai bahan untuk membuat vas bermutu tinggi, barang meja dan juga patung kecil dan barang hiasan yang lain. Jenis porselin yang digunakan untuk tujuan ini menghasilkan bunyi berdenting apabila dijentik. | UMUM | |
SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |
SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
YIS | Yis ialah bahan hidup yang dimasukkan ke dalam doh untuk menjadikannya naik. Ia juga digunakan dalam pengeluaran bir, wain dan lain-lain minuman keras. Yis yang digunakan secara komersial terdiri daripada organisma halus bersel tunggal. Terdapat lebih daripada 600 spesies yis, tetapi hanya beberapa yang digunakan secara komersial. | UMUM | |
TAKONIT | Takonit ialah batu keras yang mengandungi lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya terdiri daripada mineral yang dinamakan chert . Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi yang penting ini berada bertaburan dalam kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida hitam magnetit atau batu magnet dan oksida merah hematit . | UMUM | |
SWISS | Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh. Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron dan langsir. | UMUM | |
POKOK JUDAS | Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik terutamanya pada awal musim bunga apabila keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5 sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul. Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung dirinya pada pokok demikian. | UMUM | |
ARGONAUT | Argonaut ialah haiwan laut yang sama kelasnya dengan kurita dan cumi-cumi. Argonaut hidup di permukaan laut panas di dunia tempat ia memakan ikan kecil. Ia berenang dengan menolak pancutan air melalui sifon, suatu organ berbentuk tiub di bawah kepalanya. Argonaut betina panjangnya sehingga 15 sentimeter. Argonaut jantan jarang membesar lebih daripada 2.5 sentimeter panjang. Seperti kurita, argonaut mempunyai lapan lengan. Dua daripada lengan argonaut betina berbentuk seperti kipas. Semasa kedua-duanya bercantum, ia beransur-ansur membentuk cangkerang yang keras bak kertas yang melindungi telurnya yang halus. Nama nautilus kertas yang sering digunakan bagi haiwan ini berasal daripada cangkerang yang rapuh. Cangkerang ini ditanggalkan selepas telur menetas. Argonaut jantan tidak membentuk cangkerang. Pengelasan saintifik. Argonaut tergolong dalam famili sefalopod, Argonautidae. Argonaut biasa ialah Argonauta argo. | UMUM | |
SUP SARANG BURUNG | Sup sarang burung ialah makanan orang Cina yang terkenal. Sup luar biasa ini dibuat daripada sarang burung swiflet, iaitu burung tertentu di Asia Tenggara yang tergolong dalam famili burung layang-layang. Sarang burung ini dikukuhkan dengan air liur yang telah keras daripada burung swiflet jantan. Apabila dimasak, sarang burung ini menjadi kenyal yang menjadikan tekstur sup kelihatan menarik. Rasa sup datangnya terutamanya daripada jenis air rebusan sarang burung dimasak. Dalam jenis sup sarang burung yang terkenal, sarangnya dimasak dalam air rebusan ayam pekat yang dicampurkan dengan ayam lembut (putih telur yang dipukul hingga naik dan ayam dicincang halus). Lain-lain jenis sup sarang burung termasuk sup masin yang dihidang sebagai pembuka selera dan sup pencuci mulut yang manis yang dibuat dengan tembikai. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| halus (adjektif) | 1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik, Berantonim dengan kasar
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok, Berantonim dengan kesat
3. Dalam konteks kelakuan bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim, Berantonim dengan kasar
4. Dalam konteks kerja bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus, Berantonim dengan gabas
5. Dalam konteks sindiran bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,
6. Dalam konteks suara bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap, Berantonim dengan garau
| Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan, |
|
|