Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
PERIKATAN BERTIGA | Perikatan Bertiga ialah perjanjian pertahanan antara Austria-Hungary, Jerman dan Itali. Perjanjian ini berkuat kuasa dari tahun 1882 sehingga Perang Dunia I. | UMUM | |
ACT OF UNION | Act of Union (Akta Kesatuan) menggabungkan parlimen yang berasingan menjadi satu Parlimen United Kingdom di Westminster, London. Akta pertama berhubung dengan Parlimen Scotland dikuatkuasakan pada tahun 1707. Akta kedua berhubung dengan Ireland berkuat kuasa pada tahun 1801. | UMUM | |
AKTA PEMAJUAN PERUMAHAN (KAWALAN DAN PELESENAN) 1966 | Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, digubal untuk mengawal selia syarikat pemaju perumahan demi menjamin kebajikan pembeli rumah. Akta ini digubal pada tahun 1966 dan berkuat kuasa pada bulan Ogos 1969. | UNDANG-UNDANG | Akta |
PERKARA-PERKARA KONFEDERASI | Perkara-perkara Konfederasi ialah perjanjian oleh 13 tanah jajahan asal Amerika pada tahun 1781 bagi membentuk kerajaan negeri. Gabungan ini dikenali sebagai Amerika Syarikat; nama yang digunakan dalam Perisytiharan Kemerdekaan. Perkara-perkara tersebut bertindak sebagai undang- undang dasar kepada negara yang baharu ini sehinggalah Perlembagaan Amerika Syarikat mula berkuat kuasa pada tahun 1788. Di bawah Perkara- perkara Konfederasi, Kongres Konfederasi menjalankan pentadbiran kerajaan. | UMUM | |
SURAT IKATAN | Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan juga mesti memperincikan harta yang dipindah milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik. Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia dihantarkan kepada pihak yang menerima hak milik. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG KEDAH | UNDANG-UNDANG KEDAH, satu himpunan undang-undang yang berkuat kuasa di Kedah. Undang-undang ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh R.O. Winstedt dan dimuatkan dalam Jurnal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS), Jilid 6, 1928 dengan judul Kedah Law. | BUDAYA | Konsep |
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM | ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM, undang-undang Islam yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan berkuat kuasa di setiap negeri di Malaysia, kecuali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Di kedua-dua wilayah ini, undang-undang ini dikenal sebagai Akta Pentadbiran Hukum Islam kerana diluluskan oleh Parlimen. | BUDAYA | Perjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan |
AKTA PERUBATAN 1971 | Akta Perubatan 1971, akta yang memperuntukkan pendaftaran, amalan dan peraturan tatatertib pengamal perubatan. Akta ini digubal dan berkuat kuasa pada bulan September 1971. | UNDANG-UNDANG | Akta |
ANZUS | ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut menggabungkan huruf pertama setiap nama negara ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini membahayakan mereka semua. Setiap negara berjanji untuk bertindak menentang bahaya yang dialami bersama selaras dengan proses perlembagaannya. Perjanjian tersebut ditandatangani di San Francisco pada 1 September 1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
|