Pantun |
Sumber |
Tema |
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tumbuh rumput lalang, Penuh dengan cendawan; Ada warga cemerlang, Ada warga bangsawan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Hujan lebat perigi penuh, Kapal besar dari muara; Kalau tak dapat si buntar penuh, Biar kumati berbuang nyawa.
Lihat selanjutnya... |
|