Pantun |
Sumber |
Tema |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mudah patah; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tak mudah marah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berpanas; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat berkorban ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berhujan; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tahan berkorban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tidak berlubang; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mahu lapuk; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat malu merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berbeban; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat segan-menyegan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tak mudah patah; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tegaknya kukuh; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tidak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah baru sudahlah siap, Tapi dapurnya amat sempit; Kuat burung kerana sayap, Kuat ketam kerana sepit. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.
Lihat selanjutnya... |
|