Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SELESAI SUDAH

SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad.  Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975.  Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando.  Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen Kalau Ibu Sampai Takah Tiga dan Igau (1971), Lagu Kitkitkit (1972), Tak Keruan, Kelapa Nan Sebatang dan Perempuan (1973).

SASTERAKarya
PERANG HUNAYN-HAWAZIN

Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10

Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai

pembukaan atau penaklukan Makkah al-

Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum

muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w.

dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan

kabilah Thaqif di daerah Taif.

UMUM
DIVINE COMEDY

Divine Comedy, sebuah epik puisi panjang

yang indah oleh penulis Dante Alighier penulis

Itali. Dia mula menulis puisi tersebut pada tahun

1308, selesai hanya sebelum dia meninggal dunia

pada tahun 1321.

UMUM
DODOMA

Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di

pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania

mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir

bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan

ini dirancang selesai pada tahun 1990-an.

Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara

baharu khusus disebabkan kedudukannya yang

di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat

Tanzania (peta).

UMUM
SHARP, CECIL

Sharp, Cecil (18591924) ialah salah seorang

pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia

mengembara ke seluruh England, dan ke

Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,

untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di

London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal

di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali

ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.

Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman

eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu

ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini

mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap

muzik rakyat.

UMUM
SURAH AL-HAJJ

Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati

seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina

Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di

Baitullah al-Haram.

UMUM
UJIAN HIDROSTATIKKaedah ujian yang perlu dilakukan terhadap bekas bertekanan dan talian paip bagi memastikannya bebas daripada sebarang kebocoran. Ujian hidrostatik selalunya diperlukan jika talian paip atau bekas bertekanan beroperasi pada tekanan yang setara atau melebihi 30 peratus daripada Tegasan Hoop. Ujian hidrostatik juga digunakan untuk menentukan tahap kekuatan bekas bertekanan dan talian paip. Ujian hidrostatik dilakukan selepas selesai operasi pemasangan. Ia dilakukan dengan memasukkan medium ujian ke dalam paip atau bekas bertekanan dan diberikan ...rujuk ensiklopedia sains dan teknologiKEJURUTERAANKaedah
KELUARGA GERILYA

KELUARGA GERILYA, novel karya Pramoedya Ananta Toer.  Novel ini ditulis semasa dia menjalani tahanan politik di penjara Bukit Duri, Pulau Buru,  Indonesia.  Penulisan novel ini selesai pada bulan  Oktober 1949, Keluarga Gerilya diterbitkan pertama  kalinya oleh penerbit Pembangunan, Jakarta, pada tahun 1950 dan cetakan kedua novel ini pada tahun 1955.  Semenjak tahun 1958, novel ini diterjemahkan ke dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Cina dan Rusia.  Seterusnya, cetakan ketiga novel ini diterbitkan  oleh penerbit N.V. Nusantara, Jakarta, pada  tahun 1962.

SASTERAKarya
NAGARAKARTAGAMA

NAGARAKARTAGAMA, karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
BAKUL

BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya.

BUDAYAKraf Tangan
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.



Lihat selanjutnya...