Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.

Takrif

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.

Takrif

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jahit sudah, kelindan putus.

Takrif

Habis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sehabis rabuk, sehabis putaran.

Takrif

Kerja selesai wang pun habis. putaran = pemantik api.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cakak sudah, silat teringat.

Takrif

Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. cakak = kelahi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Takrif

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telah lulus maka diselam.

Takrif

Setelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berminyak tak licin.

Takrif

Setengah-setengah tidak sampai selesai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggaru luka lama.

Takrif

Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menegakkan juek-juek sesudah menyabit.

Takrif

Sesudah perkara selesai, baru teringat akan cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. juek-juek = tali-tali yang direntangkan di sawah untuk mengusir burung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.



Lihat selanjutnya...