Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mana yang betul? Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku telah selesai menulis karangan. atau Selepas 20 minit, semua rakanku telah selesai menulis karangan.Ayat yang gramatis "Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku selesai menulis karangan".Tatabahasa24.12.2012
Salam, Saya ingin bertanyakan bagaimana pihak DBP menyusun entri yang akan dipapar dalam carian PRPM? Contohnya, saya mencari perkataan 'selesai'. Maka, carian yang bakal saya peroleh ialah segala perkataan termasuk makna perkataan dan sebagainya yang mengandungi perkataan 'selesai' akan turut dipaparkan. Sedangkan makna perkataan 'selesai' yang ingin saya cari entah berada di halaman yang ke berapa. Saya cadangkan, pihak PRPM perlu memaparkan makna perkataan yang dicari mengikut urutan 1. (makna perkataan itu-tunggal mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat), disusuli mengikut kamus edisi kedua dan kamus pelajar. 2. (makna perkataan itu-kata ganda, kata majmuk dan sebagainya) Bukankah lebih mudah dan efisien jika sistemnya disusun dengan begitu sistematik dan mudah difahami? Bukankah PRPM ini untuk rujukan pantas selain melihat ke dalam Kamus Dewan Edisi Keempat itu sendiri? Maka, segalanya harus lebih mudah dan efisien di laman web ini. Harap maaf jika ada terkasar bahasa dan harap pihak DBP dapat ambil tindakan atas perkara ini. Terima kasih.Terima kasih atas pandangan puan. Untuk makluman puan, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) bukan hanya merakam Kamus Dewan Edisi Empat tetapi merakam pelabagai lagi rujukan seperti Peribahasa, Daftar Istilah, Kamus Pelajar dan lain-lain untuk pengguna bahasa. Puan boleh melayari Gerbang Kata melalui http://ekamus.dbp.gov.my untuk carian makna dalam Kamus Dewan dengan lebih fokus.Tatabahasa27.09.2013
Mohon huraian adakah ayat ini gramatis. Terdapat tiga kali pengulangan perkataan 'di' yg menunjukkan tempat. -Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari. Terima kasih atas penjelasan.Ayat "Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari." adalah betul walaupun terdapat pengulangan tiga sendi nama "di" yang menunjukkan tempat.Tatabahasa05.09.2012
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Tatabahasa08.04.2012
Sebilangan daripada peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah jawaban yang diberikan daripada adalah salah? TK munsyi sesetengah peserta atau sesetengah daripada peserta? Munsyi, bilakah daripada digunakan bersama dengan kata bilangan? TKDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sebilangan bermaksud sejumlah atau sebanyak. Oleh itu, perkataan yang sesuai selepas sebilangan ialah kecil atau besar (Sebilangan kecil atau sebilangan besar). Ayat yang betul ialah Sebilangan besar (atau Sebilangan kecil) peserta Program Latihan Khidmat Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan atau Sebilangan peserta Program Khidmat Latihan Negara melahirkan rasa gembira setelah selesai menjalani latihan. Frasa yang betul ialah sesetengah peserta atau setengah-setengah peserta. Sesetengah atau setengah-setengah bermaksud beberapa (orang dan lain-lain),  Setengah bermaksud separuh  atau seperdua.Tatabahasa09.04.2012
system-test-masterplanSelesai pengujianLain-lain04.09.2012
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYIFrasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur.Tatabahasa16.04.2012
Saya mengkaji buku Cakra Waruga dan hampir selesai proses penulisan esei. Namun, saya terlepas pandang untuk mencari defini sebenar "Cakra Waruga". Boleh dikatakan puas saya mencari maknanya. Definisi "Cakra" yang saya perolehi ialah aliran tenaga dalaman manusia, manakala Waruga pula merupakan gabungan wale dan maruga yang beerti rumah dan badan yang hancur. Setelah membaca karya ini, saya sukar untuk mengaitkan tajuk buku ini dengan masej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Namun, saya berpendapat. definisi cakra waruga ialah keupayaan atau kekuatan manusia akan hilang apabila jasadnya telah hancur(mati), menunjukkan pengarang ingin menonjolkan kekuasaan tuhan dalam menentukan setiap perkara dalam kehidupan manusia. Itulah yang saya dapat kaitkan dengan definisi cakra dan waruga dengan berlandaskan pemahaman saya melalui bacaan novel ini. Adakah benar pendapat ini, atau ada pengertian yang lebih jelas mengenai hal ini?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi perkataan cakra waruga ataupun cakra/waruga, berkemungkinan penulisnya ada maksud tersendiri yang hendak disampaikan melalui karyanya yang tersebut. Hal ini hanya dapat dipastikan melalui penelitian atau kajian terhadap teks tersebut.Lain-lain16.10.2010
Ayat yang manakah ayat yang gramatis? A) Setelah selesai majlis hari jadi pada pagi tadi mereka terus pulang. B) Di dalam bilik itu terdapat susunan fail - fail pejabat yang teratur.Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan dan gramatis.Tatabahasa15.11.2013
1. kerja-kerja membaiki jalan / kerja-kerja pembaikan jalan telah selesai.Kedua-dua ayat di atas betul.Lain-lain17.03.2010
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,

Puisi
 

Angin bertiup bercampur embun,
     Ombak memukul dengan taufan;
Apa guna harta bertimbun,
     Sudah mati selesai kapan.



Lihat selanjutnya...