Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
tumpat1 penuh sesak atau penuh berisi (ttg ruang, rongga dll); padat: Stadium Merdeka telah ~ dgn penonton. penuh ~ penuh betul. 2 tidak berongga; padu: Kayu yg berat lebih ~ drpd kayu lempung. 3 tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; suntuk akal: Akalnya menjadi ~ mendengar berita buruk itu. menumpatkan mengisi hingga penuh; memadatkan. ketumpatan 1 hal atau keadaan tumpat. 2 ist kuantiti yg di­peroleh apabila berat dibahagikan dgn isi padu. ~ bandingan kadar ketumpatan sesuatu benda berbanding dgn ke­tumpatan sesuatu benda yg standard (spt air).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebu1. penuh berisi: perut saya ~ dan kenyang sebagaimana ~ dan kenyangnya perut-perut Pak Menteri; 2. tersumbat (hidung, saluran, dll); 3. terkambus (parit, sungai, dll), sendat: parit yg ~ diperdalam; 4. ki sebak, sesak: Sharifah Aini tidak bersuara lagi, dadanya terasa ~ benar; menyebu mengisi penuh-penuh, me­madat-kan, mengambus, menimbus: asap putih yg ~ tekaknya itu dihembusnya perlahan-lahan; menyebukan menjadikan sebu, menimbusi, menimbuni: serpih-serpih itu boleh ~ lubang, dan juga merosakkan mata alat pemotong; kesebuan perihal atau keadaan sebu: ke-upayaan parit dan sungai yg sedia ada tidak mencukupi, tambah pula dgn ~ kelodak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tumpat1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya.Kamus Dewan Edisi Keempat
montokpenuh berisi (bkn tubuh); besar lagi padat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ngeningpenuh berisi (hingga sering kulitnya), tegang sungguh, sering.Kamus Dewan Edisi Keempat
montokpenuh berisi (bkn tubuh); besar lagi padatKamus Pelajar
sebu1 penuh berisi dgn sesuatu; ter­sumbat (bkn hidung); terkambus (bkn parit); sendat: Perutnya ~. Parit yg ~ diperdalam. 2 ki sesak dada (spt orang akan menangis).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggenangimenjadikan penuh berisi air; menjadikan tergenang; mengairi: Air mata ~ kelopak matanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyaratimenjadikan penuh berisi, me-menuhi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggenangimenjadikan penuh berisi air, menjadikan tergenang, mengairi: airnya meluap ke luar tebing dan ~ daerah-daerah persawahan di sekitarnya; matanya digenangi air;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Puisi
 

Limau manis limau kasturi,
     Penuh berisi dalam dulang;
Saya senyum untuk sendiri,
     Bukan tujuan pemikat orang.



Lihat selanjutnya...