Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TELAGA ARTOIS | Telaga artois ialah telaga yang menyadap air dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk kepada sebarang air telaga yang sangat dalam. Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah. Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung atas akuifer. | UMUM | |
AKUIFER | Akuifer, lapisan batuan yang penuh tepu dengan air dan mempunyai darjah keliangan dan keterlapan yang mencukupi untuk membekalkan air kepada manusia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
GELANGSAR | Gelangsar ialah proses pergerakan jisim yang penuh tepu dengan air melalui cerun. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
SHOVELER | Shoveler yang juga dikenali sebagai spoonbill, ialah itik kecil Hemisfera Utara yang mempunyai paruh panjang berbentuk sudu. Ia hidup di Eropah, Asia, dan Amerika Utara pada musim panas, dan berhijrah ke selatan pada musim sejuk, ke Afrika Utara, selatan Asia, dan Amerika Selatan. Bahagian atas paruh menutup bahagian bawah. Burung jantan berkepala hijau, berdada putih, dan berbadan biru dan perang. Shoveler memakan moluska, serangga, dan akar di air cetek. Ia mengambil semulut penuh lumpur dan air menapisnya melalui palung sisi paruhnya, meninggalkan makanan di dalamnya. Ia membuat sarang di atas tanah, kadangkala agak jauh dari air. Burung betina bertelur dari 6 hingga 14 biji telur berwarna kehijauan pucat hingga kebiruan. Pengelasan saintifik. Shoveler tergolong dalam famili Anatidae. Ia adalah Anas clypeata. | UMUM | |
TELUK CHESAPEAKE | Teluk Chesapeake ialah cabang yang panjang sempit daripada Lautan Atlantik di Amerika Syarikat. Ia menganjur ke utara dari pantai Virginia dan membahagikan Maryland menjadi dua bahagian. Panjangnya ialah 320 kilometer dan lebarnya dari 6 kilometer hingga 64 kilometer. Orang Asli yang tinggal di kawasan ini menamakan teluk ini Great Salt Water (Air Masin Besar ). Selat di tempat masuk ke Teluk Chesapeake lebarnya 19 kilometer. Kapal boleh belayar hampir di sepanjang teluk ini. Pantainya penuh dengan teluk kecil dan kuala yang lebar. Sungai yang mengalir ke dalam teluk ini termasuk Sungai James, Sungai York, Sungai Rappahannock, Sungai Potomac, dan Sungai Susquehanna. Pelabuhan penting di teluk ini termasuk Baltimore, Maryland, dan Norfolk serta Portsmouth, Virginia. Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat berada di Annapolis di pantai barat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
|