| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | SELESAI SUDAH | SELESAI SUDAH, kumpulan cerpen Shahnon Ahmad.  Kumpulan cerpen ini mengandungi 11 buah cerpen yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tanah air dari tahun 1970 hingga tahun 1975.  Kumpulan cerpen ini diberi kata pengantar oleh Lloyd Fernando.  Enam buah cerpen dalam Selesai Sudah pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1971 hingga tahun 1973, iaitu cerpen Kalau Ibu Sampai Takah Tiga dan Igau (1971), Lagu Kitkitkit (1972), Tak Keruan, Kelapa Nan Sebatang dan Perempuan (1973).  | SASTERA | Karya |  
  | PERANG HUNAYN-HAWAZIN | Perang Hunayn-Hawazin berlaku pada 10 Syawal tahun kelapan H., sebaik sahaja selesai pembukaan atau penaklukan Makkah al- Mukarramah. Peperangan ini berlaku antara kaum muslimin yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. dengan kaum musyrikin dari kabilah Hawazin dan kabilah Thaqif di daerah Taif.  | UMUM |  |  
  | DIVINE COMEDY | Divine Comedy, sebuah epik puisi panjang  yang indah oleh penulis Dante Alighier penulis  Itali. Dia mula menulis puisi tersebut pada tahun  1308, selesai hanya sebelum dia meninggal dunia  pada tahun 1321.  | UMUM |  |  
  | DODOMA | Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di  pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania  mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir  bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan  ini dirancang selesai pada tahun 1990-an.  Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara  baharu khusus disebabkan kedudukannya yang  di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat  Tanzania (peta).  | UMUM |  |  
  | SHARP, CECIL | Sharp, Cecil (18591924) ialah salah seorang  pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia  mengembara ke seluruh England, dan ke  Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat,  untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di  London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal  di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali  ke England dan menjadi guru muzik di sekolah.  Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman  eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu  ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini  mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap  muzik rakyat.  | UMUM |  |  
  | SURAH AL-HAJJ | Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 78 ayat. Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di Baitullah al-Haram.  | UMUM |  |  
  | UJIAN HIDROSTATIK | Kaedah ujian yang perlu dilakukan terhadap bekas bertekanan dan talian paip bagi memastikannya bebas daripada sebarang kebocoran. Ujian hidrostatik selalunya diperlukan jika talian paip atau bekas bertekanan beroperasi pada tekanan yang setara atau melebihi 30 peratus daripada Tegasan Hoop. Ujian hidrostatik juga digunakan untuk menentukan tahap kekuatan bekas bertekanan dan talian paip. Ujian hidrostatik dilakukan selepas selesai operasi pemasangan. Ia dilakukan dengan memasukkan medium ujian ke dalam paip atau bekas bertekanan dan diberikan ...rujuk ensiklopedia sains dan teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |  
  | KELUARGA GERILYA | KELUARGA GERILYA, novel karya Pramoedya Ananta Toer.  Novel ini ditulis semasa dia menjalani tahanan politik di penjara Bukit Duri, Pulau Buru,  Indonesia.  Penulisan novel ini selesai pada bulan  Oktober 1949, Keluarga Gerilya diterbitkan pertama  kalinya oleh penerbit Pembangunan, Jakarta, pada tahun 1950 dan cetakan kedua novel ini pada tahun 1955.  Semenjak tahun 1958, novel ini diterjemahkan ke dalam tiga bahasa, iaitu Inggeris, Cina dan Rusia.  Seterusnya, cetakan ketiga novel ini diterbitkan  oleh penerbit N.V. Nusantara, Jakarta, pada  tahun 1962.  | SASTERA | Karya |  
  | NAGARAKARTAGAMA |   NAGARAKARTAGAMA,   karya klasik kerajaan Majapahit berbentuk puisi (kekawin) hasil tulisan prapanca, pendeta keraton kerajaan tersebut. Karya ini selesai diusahakan pada tahun 1365. Nagarakartagama merakamkan ketokohan serta keagungan pemerintahan Hayam Wuruk atau Rasanagara (m.m. 1350-1389).   | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |  
  | BAKUL | BAKUL, bekas untuk mengisi barang, yang dianyam daripada bahan yang senang dilengkung dan dijalin seperti rotan, buluh, mengkuang, purun, bemban dan lain-lain. Menganyam bakul bermula dari dasar membawa ke atas bagi semua reka bentuk. Apabila selesai ukuran yang dikehendaki, anyaman dikemaskan dan dimatikan dengan jalinan rotan halus atau bemban, ataupun diapit dengan gelang rotan atau buluh di mulut bakul dan kemudian dijalin untuk meneguhkannya.  | BUDAYA | Kraf Tangan |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
 |   |  | selesai (adjektif) |  1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,  Berantonim dengan terbengkalai
  2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,  Berantonim dengan berterusan
  3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,  Berantonim dengan banyak
  4. Dalam konteks tutur kata bersinonim dengan  terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,  Berantonim dengan kabur
 
  |  | Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,  |   
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Angin bertiup bercampur embun,      Ombak memukul dengan taufan;  Apa guna harta bertimbun,      Sudah mati selesai kapan.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |