Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
DOMAIN NYATA | Domain nyata ialah hak sedia ada sesebuah kerajaan bagi memaksa seseorang pemilik harta untuk menjual hartanya jika harta itu diperlukan untuk kegunaan awam. | UMUM | |
MONTFORT, SIMON DE | Montfort, Simon de (1208?1265), negarawan dan askar Inggeris, yang memberi sumbangan kepada perkembangan kerajaan berparlimen di England. Dia dikenal sebagai Bapa Dewan Rakyat. Tetapi usahanya lebih kepada memperkukuh sistem Parlimen yang sudah sedia ada. Montfort ialah kesayangan Raja Henry III, tetapi tidak kekal kerana kesungguhannya untuk melaksanakan pembaharuan politik. Henry III mahu memerintah ikut sesuka hatinya, dan ini menyebabkan Montfort mengetuai satu pemberontakan untuk mengehadkan kuasa raja mengikut undang-undang. Henry dan anaknya (kemudian Edward I) mengangkat senjata untuk menentang, tetapi Montfort menangkap kedua-duanya di pertempuran Lewes pada tahun 1264. | UMUM | |
AGLOMERASI | Aglomerasi, proses kewujudan subbandar hasil daripada perkembangan kawasan bandar atau perbandaran sedia ada. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
STEAD, CHRISTINA | Stead, Christina (19021983) ialah salah seorang penulis novel wanita Australia yang paling terkenal dan ramai menganggapnya sebagai yang terhebat. Gaya dan struktur penulisan novelnya merupakan eksperimen dan latar belakang serta subjeknya yang sentiasa dipelbagaikan. Ini berbeza dengan novel yang sedia ada. | UMUM | |
PERUBATAN SUKAN | Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko terhadap kecederaan dan untuk merawat secara berkesan sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku. Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor, pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan untuk membantu para atlet mempersembahkan prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini juga akan membuat penilaian tentang kaedah melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk dan penggunaan peralatan olahraga dan kemudahan. | UMUM | |
KEJURUTERAAN | Kejuruteraan ialah kerjaya yang mengaplikasikan pengetahuan saintifik untuk sesuatu manfaat. Perkataan engineering dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin ingeniare yang bermaksud mereka atau mencipta. Jurutera mengaplikasi prinsip ilmu sains dalam mereka struktur, jentera dan semua produk yang dikeluarkan. Mereka juga sentiasa mencari jalan terbaik dalam menggunakan sumber sedia ada dan sentiasa membangunkan bahan-bahan baru. Jurutera mempunyai peranan secara langsung dalam penciptaan teknologi moden yang melibatkan perkakasan, bahan, teknik, dan sumber kuasa yang memudahkan kehidupan kita (lihat Teknologi). | UMUM | |
SINDIKELISME | Sindikelisme ialah pergerakan buruh revolusioner yang mencapai kepopularannya yang terbesar di Perancis sepanjang akhir tahun 1800-an hingga awal tahun 1900-an. Matlamat utama sindikelisme ialah melahirkan sebuah masyarakat, persatuan pekerja memiliki dan mengendalikan semua cara pengeluaran serta menguasai kerajaan. Persatuan pekerja seperti itu berkembang daripada kesatuan sekerja yang sedia ada. Perkataan sindikelisme berasal daripada perkataan Perancis sydicat, yang bererti kesatuan. | UMUM | |
TIKAR | TIKAR, sejenis anyaman yang boleh digunakan sebagai alas duduk dalam masyarakat Melayu. Tikar luas penggunaannya dalam kehidupan masyarakat lama Melayu. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam, apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk, lazimnya akan dibentangkan tikar terlebih dahulu. Maka itu umumnya rumah orang Melayu mempunyai tempat khas menyimpan tikar yang digulung dengan kemas. Tikar yang baik mutunya akan dibalut dengan kain apabila menyimpannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA | EJAAN BAHARU BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang digubal oleh sebuah jawatankuasa kebahasaan yang dibentuk di bawah naungan Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan Direktorat Djenderal Kebudayaan, Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Republik Indonesia. Penghasilan ejaan ini merupakan suatu perakuan tentang sistem ejaan untuk bahasa Indonesia pada 31 Ogos 1966. Sistem ejaan lebih praktis dicadangkan untuk melengkapkan sistem ejaan yang sedia ada. Sistem ejaan ini pada mulanya diberi nama Sistem Ejaan Praktis Bahasa Indonesia, kemudian ditukar menjadi Sistem Ejaan Lembaga dan Kesusasteraan (LBK). | BAHASA | Bahasa |
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK | PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966. Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak. Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak. Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam. Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
|
Tesaurus |
---|
| sedia (adjektif) | 1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud, Berantonim dengan tiada
2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah, Berantonim dengan lain
3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh, Berantonim dengan batal
4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin, Berantonim dengan enggan
| Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan, |
|
|