Kata |
Takrif |
Sumber |
rembak itulah | agak-agak itulah, seakan-akan itulah, tempat itulah (agaknya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rembak | Kl, Tr; ~ itulah agak-agak itulah, seakan-akan itulah, tempat itulah (agaknya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegak itulah | oleh sebab itulah, kerana itulah | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegal I | sl kerana, oleh sebab; ~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah; alah bisa ~ biasa prb kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna drpd teori). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
itu dia | a. itulah orangnya. b. itulah bendanya (perkaranya); itulah keadaan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dia | kata ganti nama diri ketiga; ia. itu ~ a. itulah orangnya. b. itulah bendanya (perkaranya); itulah keadaan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dia | kata ganti diri ketiga; ia. itu ~ a. itulah orangnya. b. itulah bendanya (perkaranya); itulah keadaan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
itulah | demikian halnya (akibatnya): ~ kalau suka main judi, ~ anak yg nakal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
itu dia | a) itu orangnya; b) itulah bendanya (perkaranya), itulah keadaan yg sebenarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dia | kata ganti diri ketiga (utk menegaskan atau merendahkan), ia: ~ yg mengambil bola itu, bukan saya; ~ orang bp mereka semua; itu ~ a) itu orangnya; b) itulah bendanya (perkaranya), itulah keadaan yg sebenarnya; mendiakan menyebut dia (dgn tujuan menghina, memandang rendah, dsb terhadap seseorang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
same | 4. (as intensifier) itulah: that ~ garden, once so lovingly tended, is now a wilderness, taman itulah, yg dulunya begitu dijagai kini telah menjadi semak samun; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
thing | /just the, the very/ ~, itulah: thanks for the present, its just the ~ Ive been looking for, terima kasih krn hadiah itu, itulah yg saya cari; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
that | or ~ reason, /sebab, maka/ itulah: it looked as though it was going to rain. For ~ reason I told the children to take their umbrellas, nampaknya hari hendak hujan. Sebab itulah saya menyuruh anak-anak membawa payung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
life | thats ~, macam itulah (adat) dunia: He has forgotton how much I helped him when he was down. Well, thats ~!, Dia sudah lupa berapa banyak saya telah membantunya semasa dia susah. Macam itulah adat dunia; this is the ~, inilah nikmatnya hidup: here we are on a cruise around the world on a luxury liner. This is the ~!, di sini kita berada di atas sebuah kapal mewah belayar mengelilingi dunia. Inilah nikmatnya hidup!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
life | thats ~, macam itulah (adat) dunia: He has forgotton how much I helped him when he was down. Well, thats ~!, Dia sudah lupa berapa banyak saya telah membantunya semasa dia susah. Macam itulah adat dunia; this is the ~, inilah nikmatnya hidup: here we are on a cruise around the world on a luxury liner. This is the ~!, di sini kita berada di atas sebuah kapal mewah belayar mengelilingi dunia. Inilah nikmatnya hidup!; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
there | 2. (used to suggest that the speaker was right or to show triumph, dismay, etc) itulah, kan: T~ you are! I told you so, Itulah! Saya dah cakap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
that is (to say) | ~s /it, the way/, itu dia: ~s it! Hit him again!, itu dia! Pukul dia sekali lagi!; ~s ~, itulah dia: Im going home, and ~s ~, saya mahu balik, dan itulah dia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
proud | possession, itulah miliknya yg sangat membanggakannya; 5. (fml) splendid, gemilang, hebat: cadets in ~ array at the National Day parade, pasukan kadet yg berpakaian hebat di perarakan Hari Kebangsaan; 6. (of objects) lofty, berdiri megah: tall ~ palms lined the drive, pohon palma yg berdiri megah di sepanjang jalan masuk; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
moment | upon with pleasure,itulah antara saat bahagia yg menjadi kenangan manis seseorang; the ~ (that), sebaik sahaja: she ran towards me the ~ she saw me, dia berlari mendapatkan saya sebaik sahaja dia ternampak saya; at the ~, sekarang | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
paradoxically | yg menjadi paradoks ialah orang yg kita percayai itulah yg kemudiannya mengkhianati kita. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
running into an opponent | rempuh lawan | Sukan | Tiada | Perbuatan merempuh pemain lawan seolah-olah pemain lawan itulah yang menghalangnya. |
Julian calendar | takwim Julius | Matematik | Tiada | Takwim yang digantikan dengan takwim Gregory. Takwim ini mempunyai 365.25 hari setahun dan pecahannya itulah yang menyebabkan wujud tahun kabisat setiap empat tahun sekali, dan dibahagikan kepada 12 bulan dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali bulan Februari 28 hari, dan pada setiap kabisat 29 hari. |
displacement | sesaran | Mekanik | Gunaan | 1. Jarak yang dilalui oleh jasad pada arah yang tertentu. Jika zarah teranjak dari suatu titik ke titik yang bersebelahan, misalnya, maka vektor infinitesimal ds yang menghubungkan kedua-dua titik tersebut itulah yang dinamai sesaran bagi zarah itu. sesaran merupakan kuantiti vektor. Unit ukurannya ialah meter, m. 2. Gantian isi padu bendalir oleh pepejal atau bendalir daripada jenis lain. |
mulamma | mulamma | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufuan ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba. Pengaruh puisi mulamma ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul Selamat tinggal Alma Materku (Pilar-pilar Widuri): Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Quran, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul Ah ! Apalah (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast mamur mabash, Har chand duktur u datu ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan. |
nonnarrative folksongs | nyanyian rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4] |
capacitance effect | kesan kemuatan | Teknik | Elektrik | 1. Kesan pemuat litar arus ulang-alik yang bertentangan dengan ciri-ciri kearuhan, iaitu arus dalam litar pemuat tersebut mencapai maksimum lebih dahulu daripada voltan bekalan. 2. Kesan ini berlaku juga dalam kabel pendawaian kerana setiap pengalir menjadi seolah-olah seperti plat pemuat dan penebat kabel menjadi medium atau dielektrik. Kesan muatan yang dihasilkan bergantung pada penebatan kabel, arus litar, dan panjang kabel. Sebab itulah kebanyakan kabel yang membawa isyarat semboyan dalam litar elektronik menggunakan kabel sepaksi agar sarung kabel itu dapat dibumikan bagi mengurangkan kesan ini. |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat, kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak. |
moment of a force | momen daya | Mekanik | Gunaan | Ukuran kuantitatif bagi kesan putaran daya pada jasad. Sebagai contoh, perhitungkan daya F yang bertindak pada jasad dan menyebabkan jasad itu cenderung untuk berputar di sekitar sebarang paksi yang tidak bersilangan atau tidak selari dengan garis tindakan F. Katakan bahawa paksi tersebut ialah paksi n-n. Kecenderungan F untuk memutar jasad yang berkenaan di sekitar paksi n-n disebut momen daya F di sekitar paksi n-n. Momen ditakrifkan secara matematik melalui persamaan, Mn = r x F dengan Mn sebagai momen di sekitar n-n, r sebagai vektor kedudukan sebarang titik pada garis tindakan F diukur dari titik silangan O di antara paksi n-n dengan satah s yang mengandungi F serta serenjang dengan paksi itu. magnitud bagi momen Mn itu diperoleh melalui hubungan skalar, Mn = Fd dengan d sebagai jarak serenjang di antara garis tindakan F dan paksi n-n. Untuk kes 2-D, satah halaman buku ini boleh diambil untuk mewakilkan satah s. maka paksi n-n boleh diwakilkan oleh titik O pada satah itu, dan oleh sebab itulah kita sering menyebut momen di sekitar titik O untuk memerihalkan momen di sekitar paksi yang melalui O dan serenjang dengan satah halaman kertas ini. Perhatikan bahawa momen mempunyai arah yang sama dengan arah paksinya; hala vektor itu pula ditentukan oleh aturan tangan kanan. Momen merupakan suatu vektor gelangsar. Unit ukurannya ialah netwon-meter, N.m. |
rubai | rubai | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang terdiri daripada dua bait, mengandungi empat misrak, satu wazan dan satu qafiyah (rima). Ada dua jenis rubai. Pertama, ketiga-tiga misraknya (1,2 dan 4) mempunyai qafiah yang yang sama, dan kedua, keempat-empat misraknya mempunyai qafiyah yang sama. Ringkasnya, skema qafiyahnya ialah a,a,b,a dan a,a,a,a. Keempat-empat misrak ini ditulis dalam dua bait, dan disebut du-bayt (dua bait). Rubai mempunyai keistimewaan kerana mengandungi makna falsafah yang khusus. Setiap rubai mengandungi makna yang tersendiri, bebas, tidak berkaitan dengan rubai sebelum atau sesudahnya. Contoh rubai Parsi karya Abu Said-i Abu al-Khair: Ranj mardum zi bishi o pisist, Rahat o anymani zi darvishist, Barguzin zin jaha o bas, Garat badanish o khard khishist. Rubai ini diterjemahkan oleh Prof. Dr Bukhari Lubis: Insan terseksa cinta kekayaan ketinggian, Ketegangan kebahagian dalam kedarwisan, Pilih yang satu dari alam ini, berpada, andai dirimu dihiasi ilmu dan kebijaksanaan. Dalam sastera klasik Melayu juga pernah dikarang rubai. Contohnya, karya Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us-Salatin: Budi sungguh yang menunjuk insan, Insan itulah yang budiman, Haiwannya yang bukan berbudi, Rupanya insan dan adanya haiwan. |
hermenueutics | hermenueutika | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah tafsiran teks yang menonjolkan kepentingan peranan dan subjektiviti pembaca dalam proses pembentukan makna. Dalam proses pembinaan makna setiap pembaca secara individu berdialog dengan teks dan tafsiran serta pemahamannya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Pada asalnya, hermenueutika dipelopori dan diterapkan oleh F. Schleiermacher (1768-1834) dalam teologi agama kristian, terutamanya dalam tafsiran kerohanian terhadap Bible. Sejak abad ke-19, hermeneutika digunakan untuk persoalan falsafah. Seterusnya, sumbangan ahli falsafah Jerman, Wilhelm Dilthey (1833-1910), membolehkan hermeneutika dikembangkan dalam sastera untuk mentafsirkan dan memahami makna teks. Dalam hal ini,. Dilthey menganggap peranan pembaca amat penting. Menurut Dilthey, tafsiran melibatkan lingkaran hermeneutik (hermeneutic circle), iaitu konsep yang mengaitkan bahagian teks dengan teks itu secara keseluruhannya. Bahagian teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman secara keseluruhannya, manakala keseluruhan teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman bahagiannya. Justeru, pemahaman teks harus melibatkan jangkaan awal keseluruhan, dan pada masa yang sama, jangkaan tersebut pula melalui proses pengubahsuaian. Dalam sastera, hermeneutika dikaitkan dengan teori tafsiran martin Heidegger dan Hans-Georg Gadamer yang cuba mengatasi masalah lingkaran hermeneutik yang hampir sama. Gadamer mengatakan teks hanya dapat difahami dalam konteks masa lampau, begitu juga sebaliknya. Mengikut tradisi ini, tafsiran teks melibatkan perkara asas seperti kemungkinan pembinaan makna yang boleh ditentukan, tujuan asal pengarang, relativiti makna, dan sumbangan pembaca kepada makna teks. Dari aspek tafsiran, tradisi apabila teks itu berbicara juga memainkan peranan yang penting dan tradisi ini perlu difahami oleh pembaca. Teks mempunyai ufuknya, sementara pembaca juga mempunyai ufuk yang tersendiri. Dalam proses tafsiran yang unggul, kedua-dua ufuk ini harus dibaurkan, dan daripada bauran itulah munculnya makna yang tentunya relatif kepada pembaca. Hermeneutika telah mempengaruhi kemunculan fenomenologi, teori respons pembaca dan teori resepsi. Kemungkinan pemahaman teks boleh ditentukan, walaupun relatif sifatnya seperti yang disarankan dalam hermeneutika, tetapi dipertikaikan oleh teori kritikan pascastruktural, khususnya dekonstruksi. Hermeneutika berasal daripada perkataan Yunani hermetic bererti sains tafsiran. Lihat juga fenomenologi, teori respons pembaca. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ingeh III | bk itulah. | Melanau Mukah | |
payen | demam; 1 suhu tubuh naik drpd suhu biasa: siyen ~, yenlah nulik siyen nda kena tuad kereja dia demam, itulah sebab dia tidak dapat pergi kerja; 2 keghairahan utk sementara waktu; ~ bunga buak demam musim buah-buahan berbunga; ~ kinan kayaih, ~ pegugoh, ~ | Melanau Mukah | |
sayan I | pekerti, budi pekerti; 1 perangai, kelakuan, tabiat: iman wak seperenak jegem ~ wak diak itoulah wak kekel iman yg sempurna dan budi perkerti yg baik itulah yg kekal; 2 perbuatan (kurang baik): nda bei ~ tidak ada budi pekerti; 3 tatatertib, disiplin; | Melanau Mukah | |
selelan | cermin; 1 kaca muka: ~ jawai cermin muka; 2 kaca, gelas ~ teraweng cermin jendela; 3 ki sst yg menggambarkan, membayangkan keadaan lahir atau batin spt perasaan, fikiran, dll: sastera iyenlah ~ masaraket sastera itulah cermin masyarakat; ~ kebuong cermin | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bebadi Ib | kemalangan. | Setakat itulah cerita tentang Talap pada kali ini. Talap yang mati lesi bebadi laya lenyap yang mempelopori endap Pasa Pungkang. Tanjung di Kuala Pasa itu dipanggil Tanjung Pungkang. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bumai betupik Ib | bercucuk tanam. | Selama tiga tahun itulah juga mereka dapat bumai betupik dengan jayanya. Setiap selepas menuai mereka akan bergawai seada-adanya tanpa ragu-ragu akan apa-apa pun. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pantak Ib, MSr | tatu. | Tuai Rumah Dunggau mencapai ilang tersebut. Ditelitinya begitu lama bagaikan itulah pertama kalinya dia melihat ilang. Sarung ilang itu penuh ukiran, melengkang-lengkung hampir-hampir menyerupai pantak (cacah atau tatu) yang penuh di belakangnya. Ilang itu ditariknya perlahan- lahan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
susuk tingkayu Tb | dendam (bahasa kiasan suku kaum Sungai). | Pak Odok sering menggagalkan segala rancangan. Itulah pendapat Turagai. Dia mahu Nanak menjadi susuk tingkayu atas kematian Sindan, anak buahnya. Kalau bukan Nanak, Pak Odok pun sudah cukup. Kedua-duanya pun bersalah dan berdosa mengikut perkiraan Turagai. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
aya Ib | 1. bapa saudara. | Memang ada. Hanya tidak ada untuk diniagakan, sindir Umang Kelebat. Itulah yang menyebabkan gadis-gadis masih terpikat sampai sekarang, ya aya? sambung Senurok. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngelaban Ib | melawan, berjuang, menentang. | Agik idup, agik ngelaban! Rentap bertempik lagi dan bersama-sama tempikan itulah dia berazam untuk membunuh James Brooke dengan tangannya sendiri. Dia hendak ngayau kepala orang putih itu dengan ilangnya sendiri. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sarah Ib, Ml, MSr | peti kayu untuk simpan pakaian. | Sebuah sarah besar yang dibuat ayahnya seperti almari terdiri di hujung katilnya, dan dalam sarah itulah tempat dia menyimpan buku-buku dan majalah-majalah lama, kononnya untuk perhiasan. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meligun Ml | barang antik. | Kalau dia dapat satu cukuplah untuk menyara anak isterinya sebulan dua ini. Beberapa orang saja yang tahu kuburan lama. Kuburan lama itulah yang banyak menyimpan meligun, selepak dan barang antik yang lain. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taju Ib | sejenis umpan, dipercayai disediakan oleh harimau atau buaya jadian bertujuan untuk memerangkap manusia. | Kematian yang seperti itu dipanggil kematian mengambil umpan taju harimau. Kerana itulah, kalau menjumpai sesuatu yang anggap pelik di dalam hutan, jangan diambil benda tersebut. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb ดินลุงเลมัน Pe- gawai pejabat tanah pergi menyukat tanah Pak Leman. รังสี [rasi :] น sinar รังสรรค ์ [rasan] ก mencipta: จิตรกรผู ้ นั ้ น รังสรรค ์ งานศิลปะชิ้ นนี้ Pelukis itulah yang mencipta karya seni ini. รัชทายาท [ratcata:ya:t] น Putera Mahkota รัชดาภิเษก [ratcada:pise:k] น jubli perak รัฐ [rat] น negeri รัฐธรรมนูญ [-tatammanu:n] น perlembagaan รัฐบาล [-taba
|
Kamus Thai 2.indb กระเพื่ อมเลย Air sungai itu tenang tidak beriak sedikit pun. กระมัง [krama] ว barangkali, agak nya: เขาป ่ วยกระม ั งว ั นนี้ เขาจึงไม ่ มาโรงเรียน Barangkali dia sakit, sebab itulah dia tidak datang ke sekolah hari ini. กระยาจก [kraya:cok] ดู ยาจก กระรอก [krar:k] น tupai กระไร [krarai] ว apa: ชื่ อว ่ ากระไรเมืองนี้ Apa nama bandar ini? กระวนกระวาย |
Kamus Thai 2.indb Kakak sedang menumbuk lada di dapur. 2 mencucuk: เท ้ าฉันถูกหนามตำ Duri mencucuk kaki saya. ตำตา [-ta:] ว terang-terang: ฉันเห็นตำตาว ่ า เด็กคนนั้ นขโมย Saya nampak terang- terang budak itulah yang mencuri. ต ่ ำ [tam] ว rendah: เขาเป็นคนงานที่ มี รายได ้ ต ่ ำ Dia seorang pekerja yang ber pendapatan rendah. ต ่ ำช ้ า [-ca:] ว keji
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
itulah | [i.tu.lah] | ايتوله |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah |
|
Puisi |
---|
|
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.
Lihat selanjutnya... |
|