Kata |
Takrif |
Sumber |
mendrafkan | mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahu | 1 tidak keberatan utk berbuat sesuatu; bersedia melakukan sesuatu: Dia ~ menolong orang yg susah kerana dia sendiri pernah mengalami kesusahan. Orang itu tidak ~ bekerja sbg buruh walaupun sudah lama menganggur. 2 tujuan atau maksud melakukan sesuatu; kehendak: Apa ~mu? mahupun ataupun; walaupun; biarpun; meskipun: Baik lelaki ~ perempuan, semuanya bekerja keras. kemahuan 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membawa hal | (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudi I | 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi dikatanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (memancing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
draf | 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; mereka ditugaskan menyusun ~ kamus dwibahasa; 2. perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, terutamanya drpd satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank; mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Negeri; mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; pendraf orang yg membuat atau menyediakan tulisan (nota, surat, karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hal I | 1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn) demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya (dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana, sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku; jikalau ia datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara; ~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang; mengehalkan 1. mengisahkan, menceritakan (tentang): kesemua majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini; terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara itu sudah lama ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aiya | bp kata utk menyatakan rasa tidak setuju, keberatan, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alah IV | sr kata utk menyatakan kesal atau rasa tidak senang (menunjukkan keberatan, ketika memujuk atau menggesa, dll): ~, menyusahkan aku saja!; ~, janganlah begitu!; ~ mak! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keberatan | 1 sesuatu yg menyukarkan: Membaiki rumah itu tidaklah menjadi ~ bagi mereka. 2 berasa susah atau berat hendak melakukan sesuatu: Saya tidak ~ menemani saudara ke tempat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menantu | isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk menerima Karim sbg ~nya; bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula; bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|