Kata |
Takrif |
Sumber |
hal I | 1. keadaan, kejadian, peristiwa: kita dapat mengetahui ~ keadaan di sekeliling kita dgn lima pancaindera kita; demikianlah ~nya (dgn) demikianlah keadaannya (dgn); lain ~ nya (dgn) lain keadaannya (dgn); 2. masalah, perkara, soal, urusan: ia tidak ada masa utk memikirkan ~ orang lain; pertanyaan itu biasanya mengenai ~ yg kurang difahami; seorang yg ahli dlm ~ bank; 3. asal mula, kerana, sebab: apa pula ~nya maka ia lambat datang; oleh ~ itu oleh sebab itu; 4. = tentang ~ tentang, mengenai, darihal, perihal: ~ makanan binatang akan kita bicarakan nanti; majlis ceramah ~ pembangunan masyarakat luar bandar; 5. sl daya, fikiran, ikhtiar, muslihat, dll: apalah ~ku hendak berjumpa dgn suamiku; jikalau ia datang, apa ~ kita? 6. halangan: risiko dan kos tenteranya dlm peperangan tidak menjadi ~; 7. perkara: dlm ~ ini, mungkin terdapat perselisihan berhubung dgn matlamat dasar luar negara; ~ ehwal berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); ada ~ ada sesuatu (yg terjadi, yg akan dibicarakan, dll); ambil ~ mempedulikan; membawa ~ (masing-masing) dgn urusan sendiri-sendiri; tidak jadi ~ tidak apa-apa (tidak keberatan dll); berhal ada sesuatu hal (halangan, kesulitan, urusan, dll): jika ada orang yg ~ dan minta pertolongan kepadanya maka diterimanya dgn senang hati; dia ~ sebab itu dia tidak dapat datang; mengehalkan 1. mengisahkan, menceritakan (tentang): kesemua majalah itu ~ filem; 2. memperlakukan: hai Rawana, apa juga engkau pohonkan kpd Allah, maka engkau ~ dirimu demikian ini; terhal terhenti kerana halangan (terhalang, tertahan, dll): perkara itu sudah lama ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceritakan | 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wejangan | 1. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: demikianlah ~ ayah yg tidak pernah kulupakan; 2. pidato yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran: setiap orang ingin melihat pemimpinnya, menyentuh pemimpinnya, mendengarkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambo | Mn riwayat dahulukala, babad, hikayat, sejarah: demikianlah ceritanya menurut ~ Sungai Ujung; membuka ~ lama membangkit-bangkit (mengungkit-ungkit) perkara yg sudah-sudah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berbalasan | berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinta | 1 sesuatu yg diharapkan utk diperoleh; permintaan: Demikianlah ~ patik kpd tuanku. 2 untung malang; nasib: buruk ~ buruk nasib; singkat ~ lekas menemui ajal. terpinta sudah ditentukan menurut takdir: Kalau malang juga ~, di akhirat saja kita bertemu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sungguh | 1. tidak bohong, tidak lancung,benar, betul: ~ demikianlah yg sebenar-benarnya kejadian; 2. = ~ hati = sungguh-sungguh tidak main-main, dgn segenap hati, dgn tekun: kelemahan inilah yg harus diketahui, yg harus dicari sungguh-sungguh jika ia mahu berjaya; 3. amat, sangat, terlalu: bising ~ bunyi kedua-duanya bertengkar; letih ~ rasa badan saya; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya: ~ ada bapamu meninggalkan engkau emas; sesungguhnya 1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perempuan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat; bersungguh-sungguh (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu pengakuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? menyungguhi, menyungguh-nyungguhi, mempersungguhi Mn mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (tidak main-main, dgn sedaya upaya): maka diangkat tiada terangkat, maka disungguhi, terangkat sehingga lutut; menyungguhkan 1. mengakui, membenarkan, mengesahkan: sekalian yg mendengar itu ~; 2. = mempersungguhkan mengusahakan benar-benar (dgn segenap hati): segala amalan mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan akan dimajukan terus, bahkan mustahak dipersungguhkan lagi; 3. = ~ diri menjaga diri supaya selamat (drpd musuh dll); kesungguhan perihal (sikap dsb) sungguh-sungguh, kebulatan hati, minat serta ketekunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usahanya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu; penyungguhan perihal menyungguhkan (membenarkan, mengiakan), pembenaran, pengesahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembah | 2 kata-kata yg diucapkan kpd raja: Demikianlah ~ patik. | Kamus Pelajar |
pinta | 1 sesuatu yg diharapkan utk diperoleh; permintaan: Demikianlah ~ patik kpd tuanku. 2 untung malang; nasib: buruk ~ buruk nasib; singkat ~ lekas menemui ajal. terpinta sudah ditentukan menurut takdir: Kalau malang juga ~, di akhirat saja kita bertemu. | Kamus Pelajar |
mudah-mudahan | 1 diharapkan supaya; moga-moga: Belajarlah bersungguh-sungguh, ~ berjaya nanti. 2 demikianlah hendaknya (selalunya pd akhir ayat): Pd bulan hadapan akan tercapailah cita-cita kita, ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
effect | b. also come into ~, come into operation, mulai berkuat kuasa: his appointment takes ~ on the first of August, pelantikannya mulai berkuat kuasa pd satu hari bulan Ogos; to good ~, a. usefully, (dgn) sebaik-baiknya: his skills can be used to good ~, kemahirannya dapat digunakan dgn sebaik-baiknya; b. with good result(s) dgn berkesan: in this artists work, vivid colours are used to good ~, dlm karya pelukis ini warna-warna yg terang digunakan dgn berkesan; to /this, that/ ~,lebih kurang /begitulah, demikianlah/ (maksudnya): he said he was fed up with the project or something to this ~, katanya dia sudah bosan dgn projek itu, atau lebih kurang begitulah maksudnya; with ~ from, bermula pd; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata demikianlah |
|
|