Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BOSCH, HIERONYMUS | Bosch, Hieronymus (1450?1516), pelukis Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych (lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda, kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible, ilmu sihir, alkimia, dan astrologi. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
|