Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MINUTEMAN | Minuteman adalah pasukan sukarela yang bertukar menjadi pasukan tentera dan dilatih menggunakan senjata pada tahun-tahun sebelum berlaku Revolusi Amerika. Pasukan sukarela ini dikenali sebagai minuteman kerana mereka bersedia bertindak pada bila-bila masa. | UMUM | |
ABERDEEN, EARL OF | Aberdeen, Earl of 17841860) ialah Perdana Menteri United Kingdom ketika Perang Krimea tercetus pada tahun 1854. Pada bulan-bulan awal perang, orang ramai terkejut apabila mengetahui bahawa negara mereka tidak bersedia untuk berperang dan pemimpin tenteranya kelihatan tidak cekap. Aberdeen dipaksa meletakkan jawatan awal pada tahun 1855 kerana reaksi awam terhadap berita itu. | UMUM | |
KROMOSOM | Kromosom ialah struktur bak benang yang terdapat dalam sel kesemua organisma. Kromosom boleh dilihat melalui mikroskop sebagai zarah hanya apabila sel bersedia untuk membahagi kepada dua sel. | UMUM | |
TAULIAH TENTERA | Tauliah tentera ialah perintah bertulis yang memberikan pangkat kepada seseorang pegawai dalam perkhidmatan tentera. Seseorang pegawai menerima tauliah secara sukarela, dan ia tidak perlu diperbaharui. Istilah in commission apabila digunakan pula merujuk kepada kapal atau kapal terbang membawa maksud kapal atau kapal terbang telah bersedia untuk bertempur. | UMUM | |
PADI KUNCA | PADI KUNCA, sistem pinjaman melibatkan cara pembayaran dengan hasil padi. Sistem ini diamalkan oleh penanam padi. Pihak yang member hutang kepada petani, seperti orang tengah, tuan tanah dan orang-orang berada dalam kampung, bersedia memberi pinjaman wang berasaskan kemampuan petani membayarnya dengan hasil padi. | BUDAYA | Sistem |
EPIK MELAYU | EPIK MELAYU, cerita tentang kewiraan atau kepahlawanan tokoh utama yang istimewa bagi bangsa Melayu. Epik selaunya digubah dalam bentuk puisi naratif yang panjang dengan menitikberatkan unsur kepahlawanan tokoh utamanya yang dicampuradukkan dengan unsur mitos, legenda, dongeng, dan cerita sejarah. Epik juga biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesuatu bangsa, bahkan epik merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut. Dengan kata lain, tumpuan penceritaan sebuah epik adalah kepahlwanan wiranya. Sifat dan perlakuan yang bercirikan kepahlwanan sangat diutamakan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran untuk membuktikan kehandalannya dan masyarakat dapat pula menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya. | SASTERA | Penerbitan |
|
Tesaurus |
---|
| sedia (adjektif) | 1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud, Berantonim dengan tiada
2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah, Berantonim dengan lain
3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh, Berantonim dengan batal
4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin, Berantonim dengan enggan
| Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan, |
|
|