Pantun |
Sumber |
Tema |
Bagaimana main hendak selesai, Beruk menari makin gila; Bagaimana kain tidak terburai, Menengok laki bermain muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ambillah kayu buatlah sampan, Sampan selesai dapat belayar; Ambillah guru taat beriman, Iman penyimpai sifat penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak dara tersenyum simpul, Baru selesai bersanding semalam; Parang saya memangnya tumpul, Tetak tak luka patah di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bangun siang kerja terbuang, Banyak urusan tidak selesai; Ku mohon abang supaya datang, Hendak berpesan tiada sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berdinding tidak berlantai, Apa gunanya kita bertanak; Kalau berunding tidak selesai, Apa gunanya bernenek mamak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau putik sudah bertangkai, Jangan dikait-kait juga; Kalau runding sudah selesai, Jangan diungkit-ungkit juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau kusut tidak bersikal,, Mana kan buluh menjadi sirih; Kalau kusut tidak selesai, Manakan keruh menjadi jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila kaki sudah penat, Barang ke mana tidakkan sempat; Apabila hati patah semangat, Sebarang kerja takkan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| selesai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap, Berantonim dengan terbengkalai
2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid, Berantonim dengan berterusan
3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik, Berantonim dengan banyak
4. Dalam konteks tutur kata bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas, Berantonim dengan kabur
| Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian, |
|
Puisi |
---|
|
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan.
Lihat selanjutnya... |
|