| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Bakul penuh berisi limau, Sangat berat tak boleh dijinjing; Biar mati ditangkap harimau, Jangan mati digigit anjing. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Limau manis limau kasturi, Penuh berisi dalam dulang; Saya senyum untuk sendiri, Bukan tujuan pemikat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila harilah senja buta, Bawalah pelita penuh berisi; Apabila laki dan tua renta, Peliharalah dia sepenuh hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Untuk apa membeli rempah, Kalau belanga penuh berisi; Untuk apa kami bersumpah, Kalau cinta separuh hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sudah jenuh membuat perada, Dulang berisi biji sawi; Sudah penuh ilmu di dada, Pulang segera ke pangkuan pertiwi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| | Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Limau manis limau kasturi, Penuh berisi dalam dulang; Saya senyum untuk sendiri, Bukan tujuan pemikat orang.
Lihat selanjutnya... |
|