PeribahasaSedia payung (= berpayung) sebelum hujan.TakrifBerjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.TakrifPekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBurung terbang dipipiskan lada.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRusa di hutan, kancah sudah dijerang.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIkan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.TakrifSudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sedia (adjektif) | 1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud, Berantonim dengan tiada
2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah, Berantonim dengan lain
3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh, Berantonim dengan batal
4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin, Berantonim dengan enggan
| Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan, |
|
Puisi |
---|
|
Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia.
Lihat selanjutnya... |
|