| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Assalam... 1. Mohon perbetulkan...selesai tugas atau tugas selesai? 2. Maksud 'review'? | 1. Sila berikan konteks penggunaan perkataan "tugas selesai" atau "selesai tugas" untuk kami menentukan kesesuaian perkataan tersebut. 2. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "review' bermaksud 1. mengkaji semula 2. meninjau semula 3. memeriksa barisan 4. mengulas, membuat /ulasan, resensi | Makna | 14.01.2017 |
| Saya Abdullah suriya belajar di Universiti Fatoni belajar jurusan Bahasa Melayu ingin bertanya apakah ayat selesai dan ayat tidak selesai. | Tidak ada ayat selesai atau ayat tidak selesai dalam sumber rujukan kami. Selesai boleh juga bermaksud sempurna, jika yang tuan maksudkan ayat yang sempurna ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat. | Makna | 17.11.2015 |
| TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnya | Ayat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
| Manakah ayat yang tepat: 1. Selepas semua selesai, kami pun beransur pulang. 2. Setelah selesai semua, kami pun beransur pulang. | 1. Ayat yang betul ialah, "Selepas semuanya selesai, kami pun beransur pulang". | Tatabahasa | 27.10.2022 |
| Mana yang betul? Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku telah selesai menulis karangan. atau Selepas 20 minit, semua rakanku telah selesai menulis karangan. | Ayat yang gramatis "Selepas 20 minit berlalu, semua rakanku selesai menulis karangan". | Tatabahasa | 24.12.2012 |
| UJIAN | Selesai UJIAN BSM | Makna | 25.02.2022 |
| testing | Selesai | Tatabahasa | 14.09.2020 |
| cubaan123 | selesai | Lain-lain | 22.04.2020 |
| saya baru selesai menulis sejarah kampung kelahiran saya. saya mahukan ianya menjadi bahan arkib dan rujukan dengan penerbitan yang sah. Ini kerana di khuatiri sejarah kampung ini di ubah sewenagnya. Apa yang perlu saya lakukan? | Pihak tuan boleh menghubungi melalui telefon pihak Bahagian Buku Umum DBP untuk memperoleh maklumat lanjut tentang perkara melibatkan penerbitan buku yang sah. Nombor telefon: 03-21479585. Terima kasih. | Lain-lain | 24.02.2018 |
| Tolong lah selesai masalah saya | Permohonan pengesahan papan premis tuan telah selesai. Status: LULUS | Lain-lain | 16.02.2022 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | selesai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap, Berantonim dengan terbengkalai
2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid, Berantonim dengan berterusan
3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik, Berantonim dengan banyak
4. Dalam konteks tutur kata bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas, Berantonim dengan kabur
| | Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian, |
|
| Puisi |
|---|
|
Angin bertiup bercampur embun, Ombak memukul dengan taufan; Apa guna harta bertimbun, Sudah mati selesai kapan.
Lihat selanjutnya... |
|