Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, Adalah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya. 1) Jalan raya itu sentiasa sesak pada waktu pagi. 2) Sekolah itu penuh sesak dengan murid baharu. Sekian terima kasih. | Ayat yang diberikan adalah betul. 1. Jalan raya itu sentiasa sesak pada waktu pagi. 2. Sekolah itu penuh sesak dengan murid baharu. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli... | Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~. Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api. Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. | Makna | 09.04.2009 |
1. apa makna tatarias, ketel? 2. bagaimana nak bezakan imbuhan perkataan yang dekat dengan yang jauh | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna tatarias ialah usaha (cara dsb) mengatur atau menyusun hiasan utk sesuatu yg akan dipertunjukkan, cara dsb menghias sesuatu (spt muka, rambut, dll). Ketel pula mempunyai 2 maksud, iaitu Jw 1. rimbun (pokok), lebat (daun); 2. padat atau penuh sesak (orang atau penduduk negeri dll). 2. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk tujuan tersebut. | Makna | 20.03.2010 |
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"? | Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit. | Tatabahasa | 03.09.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| penuh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh, Berantonim dengan kosong
2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang,
merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar,
jenuh, Berantonim dengan sedikit
3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas, Berantonim dengan kurang
4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong,
terpermanai, berjuak-juak, Berantonim dengan sedikit
| Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan, |
|
|