Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika baik ada cacatnya.

Takrif

Tidak ada yang sempurna benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Takrif

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kemahiran itu sebaik-baik guru.

Takrif

Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mana ada buluh tidak berbuku?

Takrif

Tak ada sesuatu yang sempurna benar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkelahi dengan orang tak berambut.

Takrif

Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

Takrif

Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.

Takrif

Perbuatan yang tidak sempurna.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.

Takrif

Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.

Takrif

Pekerjaan yang tidak sempurna.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seumpama telur sesarang, dierami induknya.

Takrif

Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.



Lihat selanjutnya...