Kata |
Takrif |
Sumber |
kemas | 1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (teratur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemaskan): ~ bilik; ~ daftar fail. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersusun | sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersusun | sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersusun | sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. | Kamus Pelajar |
lambak | 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. banyak (berlimpah-limpah); pasar ~ bp pasar borong; 3. Mn lapisan (pd tikar, tilam, dll), alas, lapik; berlambak, berlambak-lambak, melambak 1. = terlambak tidak tersusun rapi, dilonggokkan sahaja, berlimpah-limpah, bertimbuntimbun: mengapa dibiarkan kain baju ~ di ceruk bilik? 2. bp terlalu banyak: di bandar tu ~ orang yg berkelulusan tinggi yg belum mendapat kerja; kain ~ benang emas kain yg bersulam dgn benang emas banyak-banyak; melambak 1. bertimbun-timbun (tidak tersusun), banyak; 2. Mn melapik, mengalas; ~ selimut (tikar) melapisi selimut (tikar); melambakkan membuat timbunan (longgok) yg tidak tersusun rapi, melonggokkan: jangan kamu lambakkan kain kotor di situ; lambakan 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; perlambakan perihal atau kejadian berlambak: ini menyebabkan berlakunya ~ pekerja dlm pasaran buruh; pelambakan perbuatan melambakkan sesuatu, penimbunan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serak | (sérak); berserak, berserak-serak, terserak, terserak-serak bertabur (tersebar dll) ke merata-rata tempat, tidak tersusun, bersepah: segala barang di dlm rumahnya ~; kartu bertaburan, wang ~-serak, rokok menyarap di lantai; berserakan tidak tersusun atau tidak kemas, bertaburan: puntung rokok, abu rokok dan kulit kacang ~ di meja dan di atas permai-dani; menyerak merebak (memencar, berserak) ke mana-mana; menyerakkan menaburkan (supaya berserak), menyebarkan, memencarkan: kipas bersambung kiri kanan, beras kunyit diserak-kan di cerpu kaki masing-masing; penyerakan proses menyerak(kan). serakah loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; keserakahan perihal serakah (tamak, loba), kelobaan, ketamakan: tatahukum itu sebenarnya suatu tindakan nafsu ~ kaum imperialis dan kapitalis; ~ utk memperoleh keuntungan yg tidak terhingga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrokarbon | (Kim) sebatian organik yg terdiri drpd unsur-unsur hidrogen dan karbon; ~ alifatik hidrokarbon yg atom-atom karbonnya tersusun dlm bentuk rantai lurus atau rantai bercabang (mis alkana, alkena, dan alkuna); ~ siklik hidrokarbon yg sebahagian atau kesemua atom karbonnya tersusun dlm bentuk gelang tertutup; ~ tak tepu hidrokarbon yg mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua dan/atau satu ikatan ganda tiga di antara atom-atom karbonnya; ~ tepu hidrokarbon yg unsur karbonnya terikat antara satu sama lain dgn ikatan tunggal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas | 1 tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi: Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~. 2 disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik): Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3 kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mentuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak: Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas: Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1 apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2 bahan (spt lilin, cat) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan, hal dsb mengemas atau mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan: ~ bilik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemas | 1. tersusun dgn elok dan bersih; teratur; rapi:Perajurit-perajurit itu berbaris di tengah padang dgn pakaian yg ~, 2. disiapkan atau disempurnakan dgn baik (elok dan cantik):Semua hasil kerja tangannya ~ kerana dia cermat semasa membuatnya. 3. kuat atau teguh (biasanya ikatan dll); erat: Barang-barang itu dibungkusnya ~-~. barang(-barang) ~ barang(-barang) yg mudah disimpan dan tinggi nilainya. berkemas menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dll; bersiap-siap sebelum keluar dr rumah: Emaknya sibuk ~ di dlm bilik tidur. Dia ~ utk pergi ke rumah mertuanya. mengemas menyusun atau mengatur elok-elok; membungkus supaya tidak berselerak:Dia sibuk ~ barang-barang yg hendak dibawanya ke Pulau Pinang esok. mengemaskan menjadikan tersusun (teratur dll); menjadikan terkumpul atau kemas:Ia tidak diizinkan pulang sebelum ~ kerjanya. memperkemas menjadikan lebih kemas:Mereka ~ sistem pentadbiran negara. kemasan 1. apa-apa yg (telah) dikemaskan; bahagian yg dikemaskan: Mereka dilarang menyentuh ~ kerja yg baru saja dihasilkan itu. 2. bahan (spt lilin, cat dll) yg digunakan utk mengemaskan sesuatu: ~ yg biasa digunakan ialah cat minyak dan lilin. perkemasan hal berkemas(-kemas). pengemasan perbuatan atau hal mengemaskan. pengemas orang yg mengemaskan:~ bilik. | Kamus Pelajar |
teratur | tersusun dgn baik: Acara penyampaian ijazah itu berjalan dgn ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
disorderly | adj 1. not orderly, tdk /teratur, tersusun/; (of place) berse(le)rak, tdk teratur: a ~ collection of books, koleksi buku yg tdk teratur; a ~ playroom, bilik permainan yg berselerak; 2. unruly, berkelakuan tdk senonoh; (of gathering, meeting, etc) tdk dapat dikawal: they were a ~ group of people, kumpulan itu berkelakuan tdk senonoh; he was arrested for being drunk and ~, dia ditangkap krn mabuk dan berkelakuan tdk senonoh; a ~ demonstration, tunjuk perasaan yg tdk dapat dikawal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
alongside | adv 1. along the side, di /tepinya, sisinya, sampingnya, sebelahnya/: a sawmill with logs piled ~, sebuah kilang papan dgn kayu-kayu balak tersusun di tepinya; 2. in company, di /sisinya, sampingnya, sebelahnya/: the bride with her father ~, pengantin perempuan dgn bapanya di sisinya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
illustrative | adj 1. serving to illustrate by example etc, menunjukkan: that remark was ~ of his attitude towards politics, ata-katanya itu menunjukkan sikapnya thdp politik; 2. serving to illustrate by drawings, photographs, etc, ilustrasi, bergambar: the ~ materials are well arranged, bahan-bahan ilustrasi itu tersusun rapi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
file | fail | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Maklumat dalam kerja komputer yang tersusun yang telah dikumpulkan. 2. Tempat menyimpan surat dan dokumen lain secara tersusun. |
acrostic | akrostik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang tersusun dalam baris-baris huruf awal, akhir atau gabungan kedua-duanya membentuk perkataan, frasa atau kalimat. |
pattern poetry | puisi pola | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul Jernih Rona Baru oleh A. Ghafar Ibrahim: menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard. |
chromosome | kromosom | Fizik | Nanoteknologi | Struktur DNA dan protein yang tersusun pada sel. Kromosom berasal daripada bahasa Greek yang bererti warna disebabkan sifatnya yang dilumur oleh pewarna. |
hexamer | heksamer | Fizik | Nanoteknologi | Supramolekul yang terdiri daripada enam komponen dendrimer tersusun secara swapasang dan dikenali juga sebagai kompleks dendrit supramolekul. |
electrochemical cell | sel elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Gabungan dua elektrod yang tersusun supaya tindak balas redoks (pengoksidaan-penurunan) yang berlaku di dalamnya menghasilkan suatu daya gerak elektrik. Contohnya seperti sel kering, sel bahan dan sel elektrolit pepejal. |
liquid crystal | hablur cecair | Fizik | Nanoteknologi | Bahan dalam fasa cecair dengan molekulnya tersusun seperti dalam hablur pepejal. Bahan ini bersifat tak isotrop, dwibiasan dan mempamerkan corak belauan dalam cahaya terkutub disebabkan oleh orientasi molekul yang selari dalam bilangan yang banyak. Hablur cecair digunakan dalam sistem paparan elektronik. |
nested nanotube | nanotiub bersarang | Fizik | Nanoteknologi | Nanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri. |
amorphous | amorf/amorfus | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Pepejal bukan hablur yang atomnya tidak tersusun secara berkala. Contoh pepejal amorfus ialah kaca tingkap, gel, filem tipis, dan bahan-bahan nano struktur seperti kaca. Sinonim pepejal amorfus, pepejal tidak berhablur. |
logorrhea | logorea | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran dalam karya sastera yang menggunakan perkataan yang sukar, tidak tersusun, berbelit-belit, berulang-ulang serta tunggang terbalik. Ujaran ini biasanya ditemui dalam karya puisi dan prosa. Lagorea berasal daripada perkataan Yunani logorrhea yang bermaksud perkataan pengaliran atau luahan perkataan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
nipon | gigi | makanipon bergigi | - | nipon gandum | gigi yang rapat dan tersusun kemas | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bisaya Sabah |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
belekekai | tidak tersusun lagi (bkn seni anyam), lelak: wak anyam kou ~ tikap aneak umit anyaman saya lelak dipijak budak-budak. | Melanau Mukah | |
rusek | rosak; 1 tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai, tidak tersusun, pecah-pecah dll: idak lebok ~ pipek pangai banyak rumah rosak dipukul ribut; 2 ki bercalar-calar, luka-luka, kemik (tin dll); 3 ki buruk, busuk, (buah-buahan, daging, dl | Melanau Mukah | |
pail II | fail; 1 kotak atau sampul surat besar, kad berlipat tempat menyimpan surat dsb dgn cara tersusun: menyusun ~ menyusun fail; 2 maklumat atau dokumen ttg sst perkara, sso, dll: ~ hal debei fail peribadi; ~ resia fail rahsia; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ropuan Kd, Tb | dapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak. | Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar. | Mimpi Burubut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb wave across the grain Kamus Sains.indb 13 7/8/08 11:45:21 AM 14 utama gentian kayu. (HUT) acrostical bristle (bulu kejur akrostikal) Bulu kejur yang halus dan tersusun dalam bentuk dua barisan memanjang di bahagian tengah dorsum toraks serangga Diptera. (BIO) acrosyndesis (akrosindesis) Pemasangan telomer oleh kromosom homolog semasa meiosis. (BIO) acrylic fibre (gentian akrilik) Gentian buatan yang putihnya disebabkan keti - adaan klorofil, sama ada secara separa atau sepenuhnya. Keadaan luar bi- asa ini juga merupakan kecacatan terwaris. (BIO) albomaculatus (albomakulatus) Perihal variegasi yang disebabkan oleh pengagihan tak tersusun kawasan putih dan hijau pada tumbuh-tumbuhan yang terhasil akibat pemisahan mitotik gen atau plasmid. (BIO) albuginea (albuginea) Lihat tunica albuginea. (BIO) albumen (albumen) Larutan protein yang terdapat di antara
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tersusun | [ter.su.sun] | ترسوسون |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
pepejal | solid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
metafasa | metaphase | Peringkat mitosis atau meiosis apabila kromosom tersusun pada satah khatulistiwa. | Menengah Atas |
tisu | tissue | Sekumpulan sel khusus yang mempunyai bentuk dan struktur tertentu, yang tersusun bersama untuk melaksanakan sesuatu fungsi tertentu. | Menengah Atas |
hablur | crystal | Bahan pepejal yang mempunyai bentuk yang kukuh disebabkan atom atau molekulnya tersusun mengikut pola tertentu secara teratur. Contohnya, hablur sulfur monoklinik dan hablur kuprum sulfat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Contohnya, bateri kereta. | Menengah Rendah |
akumulator | accumulator | Alat yang dapat menyimpan tenaga elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. Akumulator dapat dicaskan semula. Contohnya, akumulator asid plumbum yang digunakan sebagai bateri kereta. | Menengah Atas |
lentisel | lenticel | Liang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersusun |
|
Puisi |
---|
|
Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari.
Lihat selanjutnya... |
|