Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Istilah MABBIMBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Matematik Untuk SekolahDaftar Istilah Industri Perkhidmatan KewanganBahasa Sukuan v4.0
Kata Takrif Sumber
penyelesaian1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuh­kan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu. 2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyelesaianperbuatan menyelesaikan (mem­-bereskan dll) sesuatu: mencari ~ secara damai utk memulihkan keamanan;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyelesaian perlanggaran(collision resolution)Kaedah yang digunakan dalam menyelesaikan masalah perlanggaran data apabila dua terminal dalam satu rangkaian tempatan menghantar data secara serentak. Kedua-dua terminal akan berhenti menghantar data dan menunggu selama suatu jangka masa yang rawak sebelum mencuba menghantar data semula.Kamus Komputer
penyelesaian masalah(problem solving)Kaedah dan proses yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Kamus Komputer
penyelesaian2 cara atau kaedah dlm ilmu matematik.Kamus Pelajar
penyelesaian1 perbuatan atau hal menyelesaikan: ~ politik dgn menubuhkan Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu.Kamus Pelajar
kompromipersetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara ber­tolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetu­juan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
timbang tara(Udg) cara penyelesaian perte­lingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yg telah dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yg diper­setujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbang tara pihak ketiga yg menye­lesaikan sesuatu pertelingkahan: perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan di-selesaikan dgn menggunakan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendamaianpenyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penimbangtaraanpenyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yg diper­setujui oleh pihak yg bertelingkah;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
selesai (adjektif)
1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap,
Berantonim dengan terbengkalai

2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid,
Berantonim dengan berterusan

3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik,
Berantonim dengan banyak

4. Dalam konteks tutur kata
bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas,
Berantonim dengan kabur

Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian,