Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENYELESAIAN PERUNDANGAN | Penyelesaian pertikaian melalui peruntukan undang-undang. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PENYELESAIAN DIPLOMATIK | Penyelesaian masalah tertentu melalui rundingan diplomatik. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
PERJANJIAN DAMAI UTRECHT | Perjanjian Damai Utrecht merupakan salah satu penyelesaian damai antarabangsa yang paling besar dalam sejarah. Ia menamatkan Perang Rebut Takhta Sepanyol (17011714) dan mengasaskan satu keseimbangan kuasa di Eropah. Penyelesaian tersebut meliputi Perjanjian Utrecht, Perjanjian Rastatt dan Perjanjian Baden. | UMUM | |
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA AMERIKA | Pertubuhan Negara-negara Amerika (Organization of American States (OAS)) ialah persatuan 35 buah negara Amerika. OAS bertujuan menyediakan pertahanan diri secara kolektif, kerjasama kedaerahan dan penyelesaian kontroversi secara aman. Prinsip yang dijadikan panduan oleh kumpulan ini termasuk kepercayaan kepada nilai undang-undang antarabangsa, keadilan sosial, kerjasama ekonomi, dan kesamaan hak bagi semua penduduk. Piagam OAS juga menyatakan bahawa tindakan serangan terhadap satu negara Amerika dianggap sebagai tindakan serangan terhadap semua negara. | UMUM | |
PAKATAN KEAMANAN KELLOGG-BRIAND | Pakatan Keamanan Kellogg-Briand yang juga dikenali sebagai Pakatan Paris, yang mengutuk keputusan berperang sebagai cara menyelesaikan masalah antarabangsa, dan menyeru jalan penyelesaian secara aman. | UMUM | |
PERSIDANGAN LOCARNO | Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain. Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland untuk membincangkan rancangan mengekalkan keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat. Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925, para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh perjanjian. | UMUM | |
THORNDIKE, EDWARD LEE | Thorndike, Edward Lee (18741949) ialah ahli psikologi pendidikan Amerika yang memberikan sumbangan yang besar dalam kajian pembelajaran, pengajaran dan ujian mental. Thorndike mencipta kotak teka-teki untuk menyiasat bagaimana haiwan seperti anjing dan kucing menyelesaikan masalah. Daripada kajiannya, dia mendapati bahawa haiwan tersebut biasanya akan mengulangi pergerakan yang berjaya sahaja. Cara ini membolehkan haiwan berkenaan mencapai penyelesaian akhir dengan cepat. | UMUM | |
SHULTZ, GEORGE PRATT | Shultz, George Pratt (1920 ), berkhidmat sebagai Setiausaha negara dalam pentadbiran Presiden Ronald Reagan dari tahun 1982 hingga tahun 1989. Sebelum itu dia memegang beberapa jawatan penting semasa berkhidmat dengan Presiden Richard M. Nixon. Shultz juga berkhidmat di Amerika Syarikat dan di luar negara sebagai penasihat kerajaan dan kumpulan pengurusan dan buruh. Sebagai penimbang tara dalam pertikaian buruh, dia terkenal kerana sikap adilnya dan keupayaannya mencari jalan penyelesaian. | UMUM | |
GAMBAR RAJAH VENN | Gambar rajah Venn, ilustrasi yang digunakan dalam bidang matematik sebagai salah satu cara penyampaian dan penyelesaian set. Ia diperkenalkan oleh John Venn, ahli matematik dan falsafah Inggeris. | MATEMATIK | Konsep |
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824) | Perjanjian Inggeris-Belanda (1824). Perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua- duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka. Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini dimeterai. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| selesai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap, Berantonim dengan terbengkalai
2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid, Berantonim dengan berterusan
3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik, Berantonim dengan banyak
4. Dalam konteks tutur kata bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas, Berantonim dengan kabur
| Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian, |
|
|