PeribahasaJika baik ada cacatnya.TakrifTidak ada yang sempurna benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti hendak menepung tiada berberas.TakrifTiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKemahiran itu sebaik-baik guru.TakrifSesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMana ada buluh tidak berbuku?TakrifTak ada sesuatu yang sempurna benar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerkelahi dengan orang tak berambut.TakrifBerselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.TakrifPelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.TakrifPerbuatan yang tidak sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan.TakrifOrang yang tidak sempurna akal fikirannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.TakrifPekerjaan yang tidak sempurna.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeumpama telur sesarang, dierami induknya.TakrifAnak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| sempurna (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik, Berantonim dengan serba kekurangan
2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus, Berantonim dengan berkecamuk
3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat, Berantonim dengan tertangguh
4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat, Berantonim dengan janggal
| Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji.
Lihat selanjutnya... |
|