Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud sempurna | Makna sempurna ialah tidak ada cacat celanya(kekurangannya; lengkap;baik lagi teratur; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4 halaman 1442. | Makna | 03.09.2007 |
Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih. | Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2010 |
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan? | Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan. | Istilah | 04.03.2012 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan penggunaan istilah/perkataan yang betul atau lebih tepat: 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ataupun Pertubuhan Bangsa Bersatu. 2. Untuk tujuan penulisan, mana yang lebih sempurna: 'cuma' atau 'hanya'? 3. Adakah terdapat istilah bahasa Melayu (bukan pinjaman) selain daripada perkataan 'prosiding' dalam bahan terjemahan daripada 'proceedings'? 4. Yang mana satu terjemahan yang lebih sempurna: daripada 'English' kepada 'Inggeris' atau 'bahasa Inggeris'? 5. Bolehkah 'legal personality' diterjemahkan kepada 'perwatakan perundangan'. Jika tidak, apakah terjemahan yang tepat? Ribuan terima kasih. Semoga khidmat ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pengguna dan pencinta bahasa Melayu. | i. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (nama khas) 2. Kedua-dua perkataan boleh digunakan. 3. Maksud proceeding ialah tindakan undang-undang, perjalanan(course of action), rekod. 4. bahasa Inggeris 5. keperibadian undang-undang | Lain-lain | 07.06.2008 |
Aapakah perbezaan penggunaan perkataan memberi dan memberikan? Contohnya, dalam ayat ini Dia__________ anaknya pelajaran dan pendidikan agama yang sempurna. __________ harus diisi dengan memberi atau memberikan. Mengapa? | Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, bagi ayat yang diberikan, yang betul ialah memberi, iaitu dia memberi anaknya pelajaran dan pendidikan agama yang sempurna. | Tatabahasa | 05.11.2011 |
-PENGETAHUAN AGAMA YANG (LUAS) -DIDIKAN AGAMA YANG (SEMPURNA) Bagi pegangan agama, apakah kata adjektif yang patut digunakan? (A) PEGANGAN AGAMA YANG KUKUH atau (B) PEGANGAN AGAMA YANG TEBAL atau (C) PEGANGAN AGAMA YANG LUAS Apakah jawapanya? Jika kesemuannya salah, sila beritahu saya kata adjektif yang sesuai. | Kata adjektif yang sesuai bagi frasa "pegangan agama" ialah "kukuh". Kata adjektif "luas" pula sesuai untuk frasa "pengetahuan agama". | Tatabahasa | 21.04.2011 |
Bolehkah beritahau nama judul Tatabahasa yang piawai dan sempurna di DBP? | Saudara, Buku tentang tatabahasa yang baku untuk saudara jadikan rujukan ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 15.09.2009 |
maksud perkataan 'intregriti' | Integriti ialah kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. | Makna | 11.06.2008 |
Saya ada kemusykilan tentang soalan ini? Sejauh manakah klausa bebas menjadi klausa terikat? Sekian, terima kasih. | Buku Tatabahasa Dewan membahagikan klausa kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas dapat berdiri sendiri dan menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya, subjek "kamu" dan predikat "pandai" jika diucapkan dengan intonasi yang sempurna akan menjadi ayat lengkap "kamu pandai". Walau bagaimanapun klausa bebas ini dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih bebas, contohnya "kamu pandai kerana kamu rajin belajar". Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 433. | Tatabahasa | 05.04.2013 |
maksud integriti. | Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. | Makna | 08.01.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| sempurna (adjektif) | 1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik, Berantonim dengan serba kekurangan
2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus, Berantonim dengan berkecamuk
3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat, Berantonim dengan tertangguh
4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat, Berantonim dengan janggal
| Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga Cina tanaman Cina, Mari dipakai tuan puteri; Kerja kita akan sempurna, Bila sampai masa dijanji.
Lihat selanjutnya... |
|