Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak itikbawah rumah, Main budak cepat berlari; Oi, encik orang di rumah, Terima tidak kami ke sini.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bentang tikar tengah rumah, Hendak tabur biji lada; Tabik encik orang di rumah, Saya main kurang bahasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Masa kecil ditimang ibu, Sudah besar ditimang orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sebatang; Lagi kecil ditimbang ibu, Sudah besar timbang gelombang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya gontong; Dari kecil timangnya ibu, Sudah besar cari untung.
Puisi
 

Orang meranik pulang ke rumah,
     Pulang rumah jauhlah ke darat;
Budak ini memang beroleh,
     Sikit bercinta melayang surat.



Lihat selanjutnya...