Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
berketurunanberasal dr keturunan; mempunyai keturunan drpd: Orang-orang ~ Cina banyak yg menetap di sini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berketurunanberasal dr keturunan; mempunyai keturunan drpd: Orang-orang ~ Cina banyak yg menetap di sini.Kamus Pelajar
turun Iberketurunan berasal dr keturunan; mempunyai keturunan drpd: Orang-orang ~ Cina banyak yg menetap di sini.Kamus Pelajar
cucuketurunan peringkat kedua (iaitu sepe­ringkat selepas anak), anak kpd anak seseorang; ~ Adam manusia; ~-cicit = anak ~ keturunan; bercucu mempunyai cucu; ~-cicit mempun­yai cucu dan cicit (mempunyai keturunan); beranak ~ mempunyai anak yg kemudiannya beranak pula (mempunyai keturunan).Kamus Dewan Edisi Keempat
surih IIpertalian keturunan yg dpt disusur kembali; hitungan keturunan; salasilah; susur-galur. bersurih me­ngira-ngira atau menceritakan asal usul keturunan seseorang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
zuriatAr keturunan, benih, baka, anak atau anak cucu; meninggalkan (menurunkan) ~ mempunyai atau menghasilkan keturunan, mempunyai anak (anak cucu), meninggalkan baka; sezuriat sama zuriat: antara definisi saudara yg dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan ~; berzuriat mempunyai zuriat: orang yg tidak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
darah I1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
keturunan1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keturunananak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keturunan1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,