Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Suak, sungai satu air.

Takrif

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya.

Takrif

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti; yang hidup sesarkan mati, dengan mati itu bernanti-nanti.

Takrif

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.

Takrif

Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,