Kata |
Takrif |
Sumber |
berkurang | menjadi kurang; beransur sembuh (bkn penyakit dll): Bilangan calon yg mengambil peperiksaan itu ~. Demamnya ~ setelah ia makan ubat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkurang | menjadi kurang, bertambah (makin) sedikit atau susut drpd sebelumnya, bertambah sembuh (penyakit): pd ketika itu tamu sudah mulai ~ kerana hari sudah jauh malam; penyakitnya ~ sesudah ia berehat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reda | 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; perbincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu; bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh; mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun; meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya; keredaan perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan suasana, ~ suara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut I | 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau perniagaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut | 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melawas | berkurang (hasil buah-buahan dll), menjadi kurang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyedikit | berkurang (sedikit-sedikit); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebah | sudah berkurang panasnya sesudah berpeluh (bkn orang demam). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusuti | menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~ yg telah ada; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkurangan | perihal berkurang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
decrease | be on the ~, semakin berkurang: the incidence of malaria is on the ~, kejadian malaria semakin berkurang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
diminish | vi become less, berkurang: his interest in the subject has ~ed, minatnya dlm mata pelajaran itu telah berkurang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ease | also ~ /off, up/, 1. (of pain, discomfort, etc) berkurang: the pain in his joints has ~d, rasa sakit pd sendinya telah berkurang; 2. (of pressure, tension, etc), (me)reda, mengendur: the situation ~d after the negotiations, keadaan mereda selepas perundingan itu; 3. (of rain, storm, etc) mereda; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lapse | vi 1. fall short, a. (of high standards) berkurang, menurun: standards in performance have ~d in recent years, mutu persembahan berkurang sejak tahun-tahun kebelakangan ini; b. (in os moral life) menyeleweng: dont adopt such a holier-than-thou attitude for occassionally you too can ~ from it, jangan ambil sikap yg kamu lebih suci drpd orang lain krn kadang kala kamu boleh menyeleweng juga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
diminished | adj berkurang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
decrease | vi berkurang(an); (of swelling ) menyusut: the population of the town has ~d considerably, jumlah penduduk di pekan itu sudah banyak berkurangan; their supply of water is fast decreasing, bekalan air mereka berkurangan dgn cepat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
diminishing | adj semakin berkurang: ~ productivity, daya pengeluaran yang semakin berkurangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impairment | n 1. injurious weakening, menjadi berkurang; 2. act of damaging, making worse, merosakkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Allay | vt 1. reduce,(act.) mengurangkan; (pass. ) berkurang: the report ~ed his suspicion, laporan itu mengurangkan kecurigaannya; 2. relieve, melegakan, mengurangkan: a sedative which can ~ the pain, sedatif yg dapat melegakan kesakitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abatement | n 1. act of abating, a. (of wind, storm, etc) reda(nya); b. (of flood) surut(nya); c. (of emotion) reda(nya), berkurang(nya); d. (of fever) kebah(nya), berkurang(nya); 2. (leg.) removal (of nuisance etc) pemberhentian, penghapusan; 3. (leg.) annulment, pembatalan, pemberhentian: the ~ of a writ, pembatalan writ; 4. amount abated, reduction, potongan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
polarized microelectrode | mikroelektrod terkutubkan | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terhasil apabila arus berkurang dengan cepat disebabkan oleh kekurangan kepekatan ion-ion di permukaan mikroelektrod melalui pemendapan. Elektrod ini hanya menyentuh sebahagian kecil larutan yang diuji yang voltannya ditetapkan dan arus mengalir dengan nilai tertentu. |
inferior goods | barang bawahan | Ekonomi | Tiada | Barang yang mempunyai keanjalan pendapatan yang negatif, iaitu kuantiti yang diminta berkurang apabila pendapat pengguna bertambah, ceteris paribus. |
centrifugal force | daya emparan | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang mengarah ke luar pusat putaran. Daya emparan bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah dan berkurang apabila saiz jejari bertambah. |
centripetal force | daya sentripetal | Sains Sukan | Biomekanik | Daya yang mengarah ke dalam pusat putaran. Daya sentripetal bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah, dan berkurang apabila saiz jejari bertambah. |
absorption coefficient | pekali serapan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ukuran pengecilan yang disebabkan oleh penyerapan tenaga apabila sinaran melintasi sesuatu medium. Penyerapan tenaga ini menyebabkan keamatan sinaran berkurang. Nilai ini bersamaan dengan pecahan per unit jarak sinaran terserap. Unitnya ialah cm-1. Pekali penyerapan boleh dikaitkan sebagai: I = I0e-x, dengan I ialah keamatan selepas melalui medium, I0 ialah keamatan asal, x ialah ketebalan medium dan ialah pekali serapan. |
pot medicine | ubat periuk | Herba | Tiada | Sediaan campuran pelbagai bahan herba kering yang terdiri daripada berbagai-bagai akar dan daun kayu serta haiwan seperti gamat. Ubat periuk direneh dengan air (500 ml) sehingga berkurang menjadi setengah atau sepertiga daripada isi padu asal di dalam periuk tanah atau tembikar. Larutan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Bahan herba yang tertinggal boleh digunakan kembali dengan tambahan air. Contohnya, ubat periuk selepas bersalin. |
edge wave | gelombang pinggir | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang wujud terutama di tepi garis pemutus dan tersebar di sepanjang pantai. Gelombang ini dihasilkan oleh gelombang tuju dengan amplitud yang maksimum di garis pantai dan berkurang dengan cepat ke arah laut. |
foreslope | cerun depan | Sains Marin | Tiada | Bahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut. |
acceleration | pecutan | Sains Sukan | Biomekanik | Kadar perubahan halaju berdasarkan jangka masa tertentu. Pecutan ditentukan berdasarkan formula yang berikut: pecutan = (halaju akhir halaju awal)/masa a = (v-u)/t dengan, a = pecutan v = halaju akhir u = halaju awal t = masa Unit SI bagi pecutan ialah m/s2. Suatu objek mengalami pecutan sifar jika halajunya sifar atau tiada perubahan halaju (malar) dalam gerakannya. Pecutan malar berlaku jika perubahan halaju adalah seragam. Apabila pecutan bernilai positif, halaju objek akan bertambah, dan apabila pecutan bernilai negatif, halaju objek berkurang. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
kur-kur | ungkapan untuk mengelakkan rezeki berkurang | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
muak | kurang, berkurang (bkn penyakit atau bebanan). | Melanau Mukah | |
kuset | susut; 1 semakin kurang, berkurang banyak, nilai, dll sst: sei basak lubeang sut ~ nulik nyaem pesisieng lemantak basah dlm topong susut krn airnya bertus: rega duit makin ~ nilai wang makin susut; 2 mengecut (bkn kain dll): kain yen ~ mun nupuok kain itu | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb natural language. (KOM) artificial lift (angkat buatan) Proses atau kaedah yang dilakukan terhadap telaga bagi mengangkat minyak dan/atau gas dari dasar telaga berkenaan ke permukaan, selepas tekanan reser- voir berkurang hingga ke takat telaga berkenaan tidak lagi boleh mengeluar- kan minyak dan/atau gas secara semula jadi atau telaga telah mati. (KEJ) artificial load (beban buatan) Peranti yang digunakan untuk AM 163 tan ditanam dalam kawasan yang luas pada masa yang lama, maka populasi patogen akan meningkat dengan cepat hingga boleh menimbulkan epidemi. Hal ini menyebabkan jumlah tumbuh-tumbuhan sihat berkurang dan musuh alam bagi patogen tersebut juga meningkat sehingga menyebabkan populasi patogen menurun. Sebaliknya apabila berlaku epidemi, suatu varieti baru yang tahan terhadap ras patogen tersebut akan ditanam secara meluas
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berkurang | [ber.ku.rang] | برکورڠ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
prinsip Bernoulli | Bernoullis principle | Prinsip yang menyatakan bahawa tekanan bendalir yang bergerak akan berkurang apabila kelajuan bendalir bertambah. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
|