Kata |
Takrif |
Sumber |
menggelincir | bergerak dgn tidak sengaja dan jatuh atau hampir-hampir jatuh kerana licin dsb; tidak dpt menetapkan kedudukan (gerakannya) kerana licin dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggelincir | hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yg licin, menggeluncur, meleset; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelincir | ; menggelincir bergerak dgn tidak sengaja dan jatuh atau hampir-hampir jatuh kerana licin dsb; tidak dpt menetapkan kedudukan (gerakannya) kerana licin dll. menggelincirkan menyebabkan menggeluncur. tergelincir 1 terdorong kerana licin dll; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang. 2 mula turun (ttg matahari). 3 ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu. gelinciran retak pd kerak bumi (batu-batan) yg menyebabkan muka bumi terangkat atau terturun. penggelinciran pengangkatan atau penurunan muka bumi kerana berlaku keretakan pd kerak bumi (batu-batan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersendorongan | menggelincir (ke hadapan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelingsir | menggelincir, melincir, turun (matahari dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergelingsir | menggelincir, melincir, turun (matahari dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelincir | ; menggelincir hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yg licin, menggeluncur, meleset; menggelincirkan menyebabkan menggeluncur; tergelincir 1. tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dr landasan (kereta api); 2. mulai turun (matahari); 3. ki terlanjur, terlepas (cakap); ~ lidah terlepas kata, salah mengatakan sesuatu;gelinciran (Geo) retak pd kerak bumi yg menyebabkan muka bumi ternaik atau terturun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melingsirkan | menurunkan, menggelincirkan, menjatuhkan; ®gelingsir, lengser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelecak | menggelangsar, menggelincir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelecek | menggelangsar, menggelincir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
skid | go into a ~, menggelincir: the car went into a ~ and overturned, kereta itu menggelincir lalu terbalik; 2. runner on aircraft used when landing, skid; 3. (usu in pl) plank placed under object to move it, kayu sendal sementara; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
skid | vi mengelincir, menggelincir: the car ~ded on the wet road, kereta itu mengelincir di jalan yg basah itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
skid | n 1. act of slipping sideways, mengelincir, menggelincir; (attrib) kelincir: ~ marks, tanda kelincir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
slice | b. cut (accidently) as if with a knife, merempuh sst: the motorcycle skidded across the road and ~ed into the crowd, motosikal itu menggelincir ke seberang jalan lalu merempuh orang ramai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
slew 3 | vi also ~ /around, round/, turn, swing round, berpusing: the bus skidded and ~ed across the road, bas itu menggelincir dan berpusing di atas jalan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
orb | n 1. (fml or liter) sphere, bola: the great red ~ gradually sank below the hills, bola raksasa merah itu perlahan-lahan menggelincir di balik bukit; 2. (of regalia) orb; 3. (poet.) eye, bola mata. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gild | vt 1. overlay with gold or gold paint, menyepuh (dgn air emas): to ~ a picture frame, menyepuh pemidang gambar dgn air emas; 2. light up with radiance, menyimbahkan sinar keemasan pd: the setting sun ~ed the valley, matahari yg sedang menggelincir menyimbahkan sinar keemasan pd lembah itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
sliding | menggelincir | Tiada | lincir | Sukan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
rope drive | pemacuan tali | Mekanik | Gunaan | Pemindahan tenaga atau gerakan sudut dengan menggunakan tali yang tersokong pada kapi pemacu dan kapi pengikut. Kaedah analisis pemacuan tali adalah sama seperti kaedah analisis untuk pemacuan tali sawat. Tali digunakan sebagai alternatif kepada tali sawat apabila aci pemacu dan aci pengikut dipisahkan oleh jarak yang jauh, atau apabila tenaga yang besar hendak dipindahkan. Tali memerlukan alur pada kapi untuk menambahkan cengkaman geseran dan mengurangkan kecenderungan untuk menggelincir. |
rail | susur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menggelincir | [meng.ge.lin.cir] | مڠݢلينچير |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggelincir |
|
|