| Kata |
Takrif |
Sumber |
| susut II | Kl; menyusut menyembunyikan, menyorokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| susut(decrement) | 1. Tindakan mengurangkan nilai sesuatu kuantiti mengikut jumlah yang ditetapkan. 2. Nama suruhan yang perlu digunakan bagi mengarahkan komputer untuk menyusutkan sesuatu nilai. | Kamus Komputer |
| susut | penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar |
| susut | 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? | Kamus Pelajar |
| susut | 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. | Kamus Pelajar |
| susut | 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. | Kamus Pelajar |
| susut | 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. | Kamus Pelajar |
| susut | menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. | Kamus Pelajar |
| susut | menyusut menjadi susut; berkurang. | Kamus Pelajar |
| susut | 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| Kata |
Takrif |
Sumber |
| depreciation | n 1. lowering of value, susut nilai: ~ of stocks, susut nilai stok; 2. allowance made for wear and tear, susut nilai: provision for ~ has affected profit, peruntukan bagi susut nilai telah menjejaskan keuntungan; 3. disparagement, memperkecil-kecil: remarks made in ~ of os rival, kata-kata yg memperkecil-kecil pihak lawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| shrink | d. (of piece of property, forest, etc) susut: our forests are shrinking, hutan-hutan kita kian susut; e. (of economy) susut; (of hopes, expectation) pudar: hope of finding survivors is ~ing, harapan utk menemui mereka yg terselamat semakin pudar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| shrink | b. (of person) susut: his flesh seems to have shrunk and he looks very old and wrinkled, tubuh lelaki itu nampaknya sudah susut dan dia kelihatan sangat tua dan berkedut; c. (of number of people or things, money, etc) berkurang, susut: his funds were ~ing rapidly, wangnya susut dgn cepat sekali; the number of applicants has shrunk this year, bilangan pemohon telah berkurang tahun ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| shrinking | adj kian /susut, berkurang/: ~ profits, keuntungan yg kian susut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| depreciate | vi susut nilai: the car will ~ after a years use, kereta itu akan susut nilai setelah dipakai selama setahun; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| waste | ~ away, semakin susut: the patient is wasting away and may not last long, pesakit itu semakin susut dan mungkin tdk dapat hidup lama; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| depreciating | adj 1. declining in value, susut nilai: a ~ currency, mata wang yg susut nilai; 2. disparaging, memperkecil-kecil: the ~ manner in which he speaks of others, gaya cakapnya yg memperkecil-kecil orang lain. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| thin | ~ down, a. lose weight, susut, menjadi kurus: he has ~ned down considerably since I saw him last, badannya susut banyak sejak kali akhir saya bertemu dengannya; b. make more liquid, mencairkan: ~ down the sauce a bit | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| subside | 4. (of swelling) become less, susut: the swollen ankle ~d after treatment, buku lali yg bengkak itu susut selepas dirawat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| wasted | adj 1. futile, fruitless, sia-sia: its a ~ effort, itu usaha yg sia-sia; 2. emaciated, susut: a ~ body, badan yg susut; he looked ~ after the long illness, dia kelihatan susut selepas lama sakit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
| depopulation | susut populasi | susut populasi | susut populasi | Perubatan |
| cooking loss | susut masak | susut masak | susut masak | Penternakan |
| tetanic fade | susut tetanus | susut tetanus | susut tetanus | Perubatan |
| exponential decay | susut eksponensial | susut eksponensial | susut eksponensial | Perubatan |
| haplogie/haplology | susut bunyi | susut bunyi; haplologi | susut bunyi; haplologi | Kesusasteraan |
| true depreciation | susut nilai sebenarnya | susut nilai benar | susut nilai benar | Ekonomi |
| economic depreciation | susut nilai ekonomi | susut nilai ekonomi | susut nilai ekonomi | Ekonomi |
| fade phenomenon | fenomena susut | fenomena susut | fenomena susut | Perubatan |
| depreciation of capital | susut nilai | susut nilai | susut nilai | Ekonomi |
| dropoff rate | laju susut | kadar penggurang/susut | kadar susut | Kejuruteraan Kapal Terbang |
| Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
| susut | kolong | - | - | - | - | - | Binaan Bangunan dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
| Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
| susut | susut. | kedayan | |
| lepet | susut; 1 semakin kurang, berkurangan: duit telou makin paut makin ~ wang kita makin lama makin susut; 2 ki lapar: nda ngak ~ inguok nda ngak pulek selagi belum lapar perut belum balik; ~ sut susah naseng (susut topong susah hati) prb perut lapar susah hat | Melanau Mukah | |
| kuset | susut; 1 semakin kurang, berkurang banyak, nilai, dll sst: sei basak lubeang sut ~ nulik nyaem pesisieng lemantak basah dlm topong susut krn airnya bertus: rega duit makin ~ nilai wang makin susut; 2 mengecut (bkn kain dll): kain yen ~ mun nupuok kain itu | Melanau Mukah | |
| susut | kurang [kura] | Melanau Dalat | |
| kurang | susut | TETAW | |
| tubaih | susut; | Melanau Mukah | |
| rubuih | semakin kurang, berkurangan (bkn isi atau daging sst), susut. | Melanau Mukah | |
| Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
| engkeleman Ib | bulan susut. | Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb Kamus Sains.indb 18 7/8/08 11:45:21 AM 19 litian pemetaan jadual berbanding dengan cara pencampuran biasa. (KOM) additional first year allowance (elaun tambahan tahun pertama) Pelupusan susut harga bagi tujuan cukai sebanyak 20% dalam tahun pertama bagi peralatan yang hayat perkhidmatannya melebihi enam tahun. (KEJ) additive factor (faktor tambahan) Lihat additive gene. (BIO) additive gene (gen tambah Lihat juga active force, reactive force. (FIZ) applied voltage (voltan kenaan) Voltan yang dibekalkan kepada sesuatu litar. Dalam litar motor atau beban elektrik, nilai voltan kenaan lebih besar daripada nilai susut voltannya. Dalam litar penjana pula, nilai voltan kenaan lebih besar daripada nilai susut voltan. (KEJ) applique (applique) Gabungan kanta yang memberikan jarak fokus yang sama bagi tiga atau lebih jarak
|
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| susut | [su.sut] | سوسوت |
| Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
| susut nilai | depreciation | Penyusutan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa yang tertentu. | Menengah Atas |
| susut nilai | depreciation | Pengurangan atau penurunan nilai sesuatu selepas tempoh masa tertentu. | Menengah Rendah |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
| depreciation | susut nilai | AEKO, AKAUN, EKO, NIAGA |
| technical depreciation | susut nilai teknik | NIAGA |
| recaptured depreciation | susut nilai dapat balik | NIAGA |
| physical depreciation | susut nilai fizikal | NIAGA |
| pencil shrink | susut berat pensel | EKO |
| group depreciation | susut nilai kumpulan | NIAGA |
| extraordinary depreciation | susut nilai luar biasa | NIAGA |
| exchange depreciation | susut nilai pertukaran | EKO |
| economic depreciation | susut nilai ekonomi | NIAGA |
| deferred depreciation | susut nilai tertunda | NIAGA |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Huraian |
| downcycling | kitar susut | ESG | Proses mengitar semula bahan buangan kepada produk baharu yang lebih rendah kualiti dan fungsi berbanding bahan asal. |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | susut (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,
2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet, Berantonim dengan mengembang
3. Dalam konteks paras air bersinonim dengan surut Berantonim dengan pasang
| | Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Kalau tuan menggulai belut, Menggulai mari dengan pengatan; Kalau hati sudah susut, Tanah di Benut kutinggalkan.
Lihat selanjutnya... |
|