Kata |
Takrif |
Sumber |
pudar | 1 tidak berapa terang cahayanya; suram: bulan yg ~. 2 tidak cerah lagi (bkn warna kain dll); agak kabur: Gambar ini ~ benar. 3 ki tidak berseri (bkn senyuman dsb); tidak bersemangat (bkn harapan dsb): Wajahnya telah ~. memudarkan menyebabkan jadi pudar. kepudaran keadaan atau hal pudar; kekaburan; kekelaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pucat | 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadikan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pudar | 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabur I | 1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn pelihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kandungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar; mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; mengaburi menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad; mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~; kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pudar | 1 tidak berapa terang cahayanya; suram: bulan yg ~. 2 tidak cerah lagi (bkn warna kain dll); agak kabur: Gambar ini ~ benar. 3 ki tidak berseri (bkn senyuman dsb); tidak bersemangat (bkn harapan dsb): Wajahnya telah ~. memudarkan menyebabkan jadi pudar. kepudaran keadaan atau hal pudar; kekaburan; kekelaman. | Kamus Pelajar |
malap | 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb); memalapkan 1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan ke-gemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat; kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau PhD; pemalap = ~ lampu peranti utk mengubahubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabur | 1 tidak dpt melihat dgn terang atau dgn jelas (bkn mata); kurang terang (penglihatannya): Matanya ~. 2 tidak cukup terang; tidak jelas (bkn tulisan, warna dll); pudar; samar(-samar): Tulisannya sudah ~. Lukisan itu menjadi ~ kerana lama tergantung di dinding. 3 tidak jernih (benda-benda spt kaca); pudar; kelam. 4 ki tidak jelas atau kurang jelas; samar(-samar): Ingatannya ttg peristiwa itu sudah ~. Keterangan yg diberikan agak ~. mengabur menjadi kabur: Nasib hari depannya ~. mengaburi menjadikan kabur: Asap tebal telah ~ pemandangannya. mengaburkan menyebabkan jadi kabur: Pemimpin itu ~ pandangan orang ramai dgn janji yg muluk-muluk. kekaburan keadaan kabur; kekelaman; kepudaran. kekabur-kaburan agak kabur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pucat pudar | pucat sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semangatnya sudah pudar | tidak bersemangat lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harapannya turut pudar | agak kecewa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
washed-out | adj 1. pale in colour, pudar: the curtains were a ~ blue, langsir itu berwarna biru pudar; a pair of ~ old jeans, seluar jean lama yg pudar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
look | lose os ~s, (of a woman) kecantikan sso telah pudar; (of a man) ketampanan sso telah pudar: although shes sixty, she still hasnt lost her ~s, walaupun usianya enam puluh tahun, kecantikannya belum pudar; one ~ at /so., st/, sekali /pandang, lihat, tengok/ pd /sso, sst/: one ~ at her convinced me she was not well, sekali pandang padanya membuat saya percaya bahawa dia tdk sihat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
washy | 2. faded-looking, pudar: the curtains were a ~ green, langsir itu berwarna hijau pudar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unfading | 3. not losing value, importance, etc, tdk pudar: an ~ fame, kemasyhuran yg tdk pudar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ooze 1 | ~ away, (se)makin pudar: he knew that their courage was ~ing away, dia tahu bahawa keberanian mereka semakin pudar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dingy | adj suram dan kotor; (of clothes, curtains, furnishing, etc) pudar: the ~ industrial towns, bandar-bandar perusahaan yg suram dan kotor; his overcoat was ~ and tattered, kot luarnya pudar dan koyak rabak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dies1 | ~ away, a. (of sound) semakin /lenyap, sayup, hilang/; b. (of light), (become weaker) semakin /malap, pudar/; (become fainter) semakin /hilang, pudar/; c. (of wind) semakin /reda, luang/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
shrink | d. (of piece of property, forest, etc) susut: our forests are shrinking, hutan-hutan kita kian susut; e. (of economy) susut; (of hopes, expectation) pudar: hope of finding survivors is ~ing, harapan utk menemui mereka yg terselamat semakin pudar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dusty | adj 1. covered, with, full of dust, berhabuk, berdebu: a ~ room, bilik yg berhabuk; ~ roads, jalan yg berdebu; 2. (of colour) pudar, keabu-abuan: ~ pink, merah jambu pudar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
discolour, (US) discolor | vi a. (gen), /berubah, bertukar/ warna; b. (due to washing or exposure), i. (of clothes, fabric>) menjadi /luntur, pudar, pucat/, turun warna; ii. (of jewellery, metal) menjadi /pudar, kusam/; iii. (of paper, teeth) menjadi kuning; c. (due to clouding by dirt etc) menjadi keruh; d. (due to a knock, blow) menjadi lebam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
fade | pudar | pudar | pudar | Linguistik |
dull picture | gambar pudar | gambar pudar | gambar pudar | Komunikasi Massa |
dull colour | warna pudar | warna pudar | warna pudar | Komunikasi Massa |
bloomed lens | lensa pudar | kanta pudar | kanta pudar | Komunikasi Massa |
fader-balance control | kendali imbang pudar | kawalan imbang pudar | kawalan imbang pudar | Kejuruteraan |
dull-surfaced paper | kertas permukaan pudar | kertas permukaan pudar | kertas permukaan pudar | Komunikasi Massa |
dull-finish paper | kertas usai pudar | kertas kemasan pudar | kertas kemasan pudar | Komunikasi Massa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
faded | pudar | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
fade | luntur; pudar | Fizik | Tiada | Tiada |
brake fade | pudar brek | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
cross fade | pudar silang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
fade | luntur; pudar | Pertanian | Tiada | Tiada |
fade | luntur; pudar | Perubatan | Tiada | Tiada |
fade | luntur; pudar | Kejuruteraan | Tiada | Hilang kecerahan atau kejelasan; menjadi tidak jelas. |
fade grey | pudar ke kelabu | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
fade white | pudar ke putih | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
tailing-in | pudar pindah | Kesenian | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
mugas | pudar | - | - | - | - | - | Keadaan Benda Dan Permukaan | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pudar | mabu [mabu] | Melanau Dalat | |
pudar | puda. | kedayan | |
pudar | bedak, bp podar; | Melanau Mukah | |
ngeburau | pudar | TETAW | |
mengetak | pucat; 1 putih, pudar, air muka: jawai a menikau yen ~ buyak taban pulih muka pencuri itu pucat kena tangkap polis; 2 agak putih, warna: ~ samaji siyau buyak selenit pucat spt ayam kena lengit. | Melanau Mukah | |
paam, paam-paam, paa-paam | malap, pudar; 1 tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram: apui yen jujok meneah baih yen lalu ~ selau api itu sekejap marak sebentar kemudian lalu terus malap; 2 tidak terang, kabur (gambar), warna (pucat), tidak berseri-seri, layu, ruyup (mat | Melanau Mukah | |
kabuor | kabur; 1 kurang terang penglihatan: mata a lakei yen ~, lingasiyen tulek mata orang tua itu kabur, telinganya pekak; 2 kurang jernih (bkn kaca, cermin, dll), sudah pudar (bkn corak, tulisan, warna, dll): selelan keritak ~ buyak mun cermin kereta itu kabu | Melanau Mukah | |
bali III | 1 tukar; ubah: ukoi ~ sj bengkarung yg bertukar warna kulitnya; bunglon: uji ~ alus agi ukir kayu nya sila ubah supaya lebih halus lagi ukiran kayu itu; 2 lusuh; pudar turun (bkn kain); | Iban | |
Kamus Sains.indb dua permukaan yang tidak serupa dari segi tekstur dan warna. Permukaan yang semuka dengan dawai fourdrinier mungkin lebih jelas dan lebih kasar daripada biasa atau mungkin mempunyai warna yang lebih pudar berbanding permukaan di atas. (HUT) two-way action (tindakan dua hala) Pelenturan ke atas papak atau gelegar yang tegasan lenturnya hampir sama mengikut dua arah utama dalam struktur. (KEJ) twitch
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pudar | [pu.dar] | ڤودر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kupu-kupu | moth | Sejenis serangga dengan kepak yang berwarna pudar dan tertutup rapat sewaktu rehat. Kupu-kupu aktif pada waktu malam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| pudar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak terang: tidak cerah, kurang cahaya, kurang jernih, kurang jelas, tidak berseri, tidak bersinar,
tidak berkilat, suram, muram, malap, kabur, buram, kusam, pucat, kuyu, ruyup, luntur, balam, kelam,
samar-samar, lasam,
2. Bersinonim dengan kendur: reda, padam, menurut, meleset, lasam, merosot,
| Kata Terbitan : memudarkan, kepudaran, |
|
|