Kata |
Takrif |
Sumber |
landut | ; melandut melengkung ke bawah (tali yg direntang dll), tidak tegang, kendur; melandutkan menjadikan melandut (kendur), mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendur | 1 tidak tegang (bkn tali, rantai dll); tidak kencang: Tali biola itu sudah ~. 2 ki tidak genting lagi; tidak kuat lagi: Keadaan darurat sudah ~. mengendur menjadi kendur; menjadi tidak kencang. mengendurkan menjadikan kendur: ~ ikat pinggang. pengenduran perbuatan (hal dsb) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai dll); tidak kencang: Tali biola itu sudah ~. 2. ki tidak genting lagi; tidak kuat lagi: Keadaan darurat sudah ~. mengendur menjadi kendur; menjadi tidak kencang. mengendurkan menjadikan kendur: ~ ikat pinggang. pengenduran perbuatan (hal dsb) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Pelajar |
tegang | 1 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. 2 keras dan liat (bkn urat, otot dsb): Kita hendaklah selalu bersenam supaya segala urat dan otot menjadi ~. 3 ki tidak erat atau tidak karib (bkn persahabatan dsb); genting: Perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. bertegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah; berdegil. menegang menjadi tegang. menegangkan 1 menarik tali dsb supaya tegang; meregangkan. 2 ki menjadikan tidak erat; menjadikan genting; meruncingkan (persahabatan dsb). mempertegang menjadikan lebih tegang (tali persahabatan dsb). tegangan 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. ketegangan keadaan atau hal tegang. penegangan perbuatan, perihal dsb menegang atau menegangkan. penegang alat, bahan dsb yg menegangkan: ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelambir | kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegang | 1 tidak kendur (bkn tali yg diregangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. | Kamus Pelajar |
lembik | 1. terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegang | 1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dll), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dll): tali yg direntang itu mestilah ~; 2. tidak lembut (rambut dll), kaku, keras dan liat (daging, otot, dll): segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dlm masa membuat senaman itu; 3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dll): ~ sahaja bunyi suaranya; 4. ki tidak mesra (persahabatan dll), bertentangan, genting (perselisihan dll): hubungan antara Kemboja dgn Vietnam Selatan telah ~ sungguh; suasana menjadi ~; ~-magang keras dan liat; ~-teguk Pr, bp berkehendak sangat; ~ dinanti kendur, keras dinanti lunak prb utk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinanti-kan waktu kedua-dua belah pihak reda ke-marahannya; ~ yg berjela-jela, kendur yg ber-denting-denting prb pemerintahan yg baik, di dlm keras ada lunaknya dan di dlm lunak ada kerasnya; kendur mengusut, ~ memutus prb, Mn perihal pentadbiran yg kurang baik (ke-lemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan); bertegang, bersitegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot: aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu; ~ urat leher ~ buku lidah prb tidak ada yg mahu mengaku kalah (dua orang dlm perdebatan);menegang 1. menjadi tegang: urat-urat di wajahnya ~; 2. merentang; menegangi menarik supaya tegang: tegangi-lah kail itu; menegangkan 1. menjadikan tegang, menarik dll supaya tegang, meregangkan: berapa-kah panjang spring itu jika tidak ditegang-kan? 2. ki menjadikan genting (perhubungan dll), meruncingkan (perselisihan): peristiwa yg berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut; mempertegang menjadikan lebih atau ber-tambah tegang; tegangan, pertegangan keadaan tegang; ~ permukaan (Fiz) sifat permukaan cecair yg bertindak seolah-olah sbg lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yg berada di permukaan); ketegangan 1. perihal atau keadaan tegang; 2. pertentangan yg keras, kegentingan, keruncingan: ~ politik Asia Tenggara seka-rang akan dibincangkan selama empat hari; penegangan proses menegangkan sesuatu: ~ dan pengenduran otot; penegang alat (bahan, ubat dsb) yg digunakan utk menegangkan sesuatu (spt tali, kulit, urat dsb): minyak gamat dijadikan ~ urat; sedak digunakan sbg ~ kulit gendang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
regang | tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang, bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi; berseregang mulut bertengkar, berbantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
flabby | adj 1. lacking firmness, menggeleber; (of face, cheeks) menggeleber, kendur: ~ thighs, paha yg menggeleber; he has broad, ~ cheeks, pipinya lebar dan kendur; 2. having flabby flesh, menggeleber: she is not fat but she is ~, dia bukan gemuk tetapi badannya menggeleber; 3. (of argument, speech, etc) feeble, lemah: a ~ excuse, alasan yg lemah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flab | n (colloq) daging kendur; go to ~, mengendur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tensioner | penegang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Alat yang digunakan untuk menghalang tali sawat atau rantai daripada teranjak, kendur mahupun terlucut dari takal atau gegancu. Alat ini akan mengenakan sedikit daya secara terus- menerus kepada bahagian luar tali sawat atau rantai tersebut. Daya ini dihasilkan daripada tindakan pegas atau tekanan hidraulik pada penegang tersebut. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
orimomol | kendur | - | - | - | - | - | Keadaan Benda Dan Permukaan | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
keduor | kendur; 1 tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang): dawai wei yen ~ angai dawai ampaian itu kendur sangat; 2 tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, agak berkedut: kulit jawai ngak jauk ~ kulit muka sudah jauh kendur; 3 tidak ke | Melanau Mukah | |
kendur | medor [mdo]; kerenyet [krt] | Melanau Dalat | |
kendur | kando. | kedayan | |
begarok | kendur | TETAW | |
Kamus Thai 2.indb bapa. หย ่ อน [yn] ก 1 menghulur: หน ่ วยกู ้ ภัย หย ่ อนเชือกแก ่ ผู ้ ประสบอุทกภัย Pasukan penyelamat menghulur tali kepada mangsa banjir. ว 2 kendur หยัก [yak] น 1 takuk ก 2 menakuk: ลุงมัน หยักลำต ้ นมะพร ้ าวก ่ อนปีนขึ้ นไป Pak Long Man menakuk batang kelapa sebelum memanjatnya. หยักศก [-sok] ว ikal หยั่ง
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kendur | [ken.dur] | کندور |
berkendur-kendur | [ber.ken.dur.ken.dur] | برکندور - کندور |
|
Tesaurus |
---|
| kendur (adjektif) | 1. Dalam konteks tali, rantai, bersinonim dengan lentur, landung, landur, lendut, ruai, Berantonim dengan tegang
2. Dalam konteks kulit bersinonim dengan berkedut, kecut, Berantonim dengan tegang
3. Dalam konteks ikatan bersinonim dengan longgar, tidak ketat, tidak tegang, Berantonim dengan ketat, tegang
4. Dalam konteks krisis bersinonim dengan reda, tidak mencemaskan, tidak membahayakan, tidak tegang, Berantonim dengan tegang
5. Dalam konteks perniagaan bersinonim dengan lembap, meleset, jatuh, surut, tidak menguntungkan, Berantonim dengan untung
| Kata Terbitan : mengendur, terkendur, kekenduran, |
|
|