Kata |
Takrif |
Sumber |
berbuat | melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbuat | melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. | Kamus Pelajar |
gelisah | tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendurkan keadaan yg tegang | menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendur | 1. tidak tegang (bkn tali, rantai, dsb yg direntang), tidak regang (bkn kulit pd gendang, tambur dsb), lentur: dawai ampaian itu terlalu ~; bunyi gendang kurang baik kalau kulitnya ~; 2. tidak tegang (bkn kulit atau daging pd muka dsb), lentur, (agak) berkedut: mukanya sudah mulai ~ dan menampakkan kesan drpd usianya; 3. tidak kedap, tidak terik (tegang): jahitan jangan terlampau tegang atau ~; 4. tidak teguh atau erat (ikatan dll), tidak terik, longgar: ikat hamba ~-~; 5. (menjadi) tidak genting (tegang atau mencemaskan, bkn sesuatu keadaan, krisis, dsb): keadaan darurat sekarang sudah ~; ketegangan antara kedua-dua buah negara itu ~ sedikit selepas perundingan; 6. tidak ketat atau keras (bkn peraturan, pemerintahan, pengawasan, dsb), longgar; 7. tidak keras atau kencang lagi (bkn tiupan angin, serangan, dll), menjadi reda, kurang hebat; 8. tidak keras (kuat atau lantang): suaranya ~; 9. lembap, meleset: perniagaan kini ~ dan harga barang jatuh sedikit; berkendur-kendur tidak keras (erat, tegang); mengendur menjadi kendur (tidak tegang, keras, kencang, cemas, dll): debaran hatinya mulai ~ dan akhirnya keberaniannya kembali pulih; dawai kabel yg terentang itu ~ sedikit; keadaan tegang yg boleh mencetuskan peperangan itu terasa telah ~; mengendurkan menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; terkendur menjadi atau berada dlm keadaan kendur (tidak tegang dll): dawai itu dipasang ~ sedikit; kekenduran perihal kendur; pengenduran perihal (perbuatan) mengendur atau mengendurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencemaskan | menimbulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencemaskan | menimbulkan perasaan cemas (gelisah dsb); menakutkan; menggentarkan: Segala ancaman musuh tidak ~ kita. | Kamus Pelajar |
mengendurkan | menjadikan atau menyebabkan kendur (tidak tegang, keras, cemas, dll): tujuan senaman ini ialah utk ~ urat-urat yg telah menjadi tegang; ~ hutang mengurangkan hutang; ~ ikat pinggang melonggarkan ikat pinggang; ~ keadaan yg tegang menjadikan keadaan tidak genting atau mencemaskan; ~ tekanan kikir melemahkan tekanan kikir; ~ radio memutarkan pesawat radio supaya tidak nyaring bunyinya; ~ syarat-syarat yg dikenakan melonggarkan syarat-syarat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
darurat | 1. keadaan yg mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yg berlaku dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka), kesukaran yg timbul dgn tidak disangka-sangka (spt bahaya, kekurangan makanan, dll): dlm keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat akan Tuhan; 2. keadaan yg serba sulit (huru-hara, tidak aman, dsb) yg disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dll): ketika ~ di Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sbg anggota polis di sebuah bandar yg terpencil; undang-undang ~ undang-undang yg digubal dan dikuatkuasakan dlm masa darurat; mendaruratkan 1. menjadikan darurat; 2. memaksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merisaukan | 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dystopia | distopia | Kesusasteraan | Tiada | Dunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia. |
|
|